Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 33: Perubatan Moden


SKOP
Perkembangan Perubatan Moden
     (a) Secara umum
a.     Maksud perubatan moden
                                                             i.      Kaedah perubatan yang berdasarkan kajian dan penyelidikan secara saintifik
b.    Sejarah
                                                             i.      Bermula sekitar abad ke-16 apabila William Harvey membuat kajian tentang peredaran darah
                                                          ii.      Terus berkembang apabila muncul tokoh-tokoh penting dalam perubatan seperti
1.    Sir Alexander Fleming (1881 -1955) yang menemukan penisilin untuk membunuh kuman
2.    Louis Pasteur (1882 – 1895) yang menemukan cara mencegah penyakit daripada merebak
3.    Joseph Lister (1827 – 1912) yang menggunakan antisepik semasa melakukan pembedahan
4.    Marie dan Pierre Curie yang menggunakan radium untuk merawat barah
                                                       iii.      Abad ke-19 bermulanya revolusi perubatan moden
                                                        iv.      Berbagai-bagai ubat untuk pelbagai penyakit dicipta dan ditemukan – pelbagai alat perubatan direka dan digunakan dalam perubatan
                                                           v.      Untuk mendiagnosis, merawat, dan mencegah penyakit serta membetulkan kecacatan
                                                        vi.      Berbagai-bagai teknik untuk menyelamatkan nyawa
                                                     vii.      Diamalkan oleh pakar bedah, khususnya dalam hal pembedahan jantung, pemindahan tisu, dan pembedahan plastik dengan menggunakan komputer
                                                  viii.      Perubatan moden menjadi suatu industri yang sangat penting dalam kehidupan manusia – terdapat berjuta-juta klinik, berjuta-juta doktor dan ahli perubatan di seluruh dunia – alat-alat perubatan ada juga yang berjuta-juta ringgit harganya
     (b) Di Malaysia
a.     Hospital yang pertama di negara kita dibina di Taiping pada tahun 1878
b.    Bidang perubatan moden semakin maju selepas merdeka
c.     Kini hospital terdapat di seluruh negara dan lengkap dengan kemudahan dan peralatan perubatan moden
d.    Universiti setempat menyediakan kursus perubatan
e.     Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1900 untuk menjalankan pelbagai penyelidikan perubatan

Kesan Penggunaan Ubat-ubatan Moden
     (a) Fungsi penggunaan ubat-ubatan moden
a.     Untuk mencegah penyakit
b.    Untuk melegakan penyakit
c.     Untuk mengubati penyakit
d.    Untuk menyihatkan badan, misalnya vitamin
e.     Untuk kecantikan, misalnya pil untuk mengurangkan berat badan
     (b) Kaedah pembuatannya
a.     Berasaskan kajian yang saintifik
b.    Berasaskan eksperimen
c.     Banyak menggunakan dadah
d.    Banyak menggunakan kimia
     (c) Cara penggunaannya
a.     Mesti mematuhi peraturan dan cara yang ditetapkan
b.    Mesti mematuhi panduan dan nasihat doktor
c.     Tidak boleh diambil secara berlebihan
     (d) Kesan penggunaan ubat-ubatan moden
a.     Lebih mujarab kerana berasaskan penyelidikan dan diagnosis yang teliti
b.    Dapat menunjukkan kesan yang segera
c.     Lebih selamat kerana kebersihannya terjamin dan keberkesanannya sudah terbukti
d.    Dapat meninggalkan kesan yang negatif jika digunakan tanpa mengikut panduan atau peraturan misalnya, pening-pening, loya, ketagihan, atau mabuk

Kemudahan Perubatan di Malaysia
      -         Kemudahan yang disebabkan dianggap antara yang terbaik di kalangan negara-negara membangun
      -         Kemudahan atau perkhidmatan perubatan moden di negara kita disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta
      -         Pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan perubatan dengan bayaran yang sangat murah kepada semua rakyat Malaysia
      -         Pihak swasta menyediakan perkhidmatan perubatan dengan bayaran yang lebih tinggi
      -         Hospital dan pusat kesihatan umum terdapat di seluruh negara
      -         Kemudahan perubatan kerajaan disediakan oleh Kementerian Kesihatan
      -         Antara kemudahan perubatan yang disediakan termasuklah perkhidmatan rawatan perubatan, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, pencegahan penyakit berjangkit, perkhidmatan doktor udara, perkhidmatan pakar runding perubatan, dan perkhidmatan pakar pembedahan
      -         Beberapa masalah yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan – kekurangan doktor dan pakar perubatan; kekurangan alat perubatan yang canggih; kekurangan wad dan bilik rawatan

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan