Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 40: Khazanah Bumi/ Hutan


SKOP
Jenis-Jenis Hutan
     (a) Hutan khaltulistiwa/ hutan hujan tropika
a.     Terdapat di kawasan tanah pamah yang tingginya kurang daripada 1000 meter
b.    Hutannya malar hijau
c.     Pohon-pohonnya tumbuh rapat-rapat dan terbahagi kepada tiga lapisan tumbuhan, yakni:
                                                             i.      Lapisan atas; pohon-pohonnya besar, berbatang lurus, berbanir, dan tumbuh sehingga 50 meter tinggi
                                                          ii.      Lapisan tengah; pohon-pohonnya tumbuh antara 15m hingga 45m tinggi manakala daun-daunnya membentuk kanopi
                                                       iii.      Lapisan bawah; tumbuhannya jarang dan terdiri daripada tumbuhan yang menjalar seperti rotan dan tumbuhan yang hidup menumpang seperti pandan, orkid, paku pakis, kulat, cendawan, dan sebagainya
     (b) Hutan paya
a.     Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu hutan paya bakau, hutan paya air tawar, dan hutan paya gambut
b.    Hutan paya bakau
                                                             i.      Terdapat di kawasan yang berlumpur di pinggir laut dan di muara sungai
                                                          ii.      Tumbuhannya terdiri daripada pohon bakau, paku laut, merbau laut, nipah, dan nibung
c.     Hutan paya air tawar
                                                             i.      Terdapat di tebing sungai dan di sekitar tasik
                                                          ii.      Tumbuhannya terdiri daripada pohon gelam, nibung, resak, pandan, rotan, dan salak
d.    Hutan paya gambut
                                                             i.      Terdapat di tepi sungai
                                                          ii.      Lantainya dilitupi tanah gambut yang berwarna hitam, senantiasa digenangi ait yang berwarna coklat, dan tumbuhannya terdiri daripada pohon ramin, punah, dan kempas
     (c) Hutan pantai
a.     Terdapat di kawasan pinggir pantai yang berpasir
b.    Tumbuhannya terdiri daripada pohon ru, mengkuang laut, kelapa, lalang, dan pelbagai jenis rumput
     (d) Hutan gunung
a.     Terdapat di kawasan pergunungan yang tingginya melebihi 1000 meter
b.    Tumbuhan yang tumbuh berbeza-beza mengikut ketinggian
                                                             i.      Pada ketinggian antara 1000m hingga 2000m, tumbuhannya tumbuh agak jarang dan terdiri daripada pohon seraya, berangan, paku pakis gergasi, dan pelbagai jenis tumbuhan yang hidup menumpang serta yang hidup memanjat
                                                          ii.      Pada ketinggian 2001m hingga 3001m, tumbuhannya tumbuh semakin jarang dan terdiri daripada pohon pain, maple, dan sprus
                                                       iii.      Pada ketinggian 3001m hingga 4000m, rumput alpain tumbuh; selepas ketinggian tersebut tumbuh pula lumut dan kulampair
     (e) Hutan berlukar atau hutan sekunder
a.     Tumbuh di dalam hutan asal yang telah ditebang
b.    Tumbuhannya terdiri daripada semak-samun, pohon renek, herba, dan pohon yang menjalar

Usaha-usaha Mengekalkan Khazanah Tersebut
     (a) Menubuhkan agensi yang khusus mengurus dan mentadbirkan hal-hal yang berkaitan dengan hutan
     (b) Melancarkan kempen-kempen mencintai hutan dan alam sekitar di peringkat sekolah dan di sektor awam serta di sektor swasta
     (c) Menggalakkan penubuhan kelab, persatuan, dan pertubuhan sukarela yang berkaitan dengan hutan
     (d) Mewujudkan Dasar Perhutanan Negara
     (e) Menggubal dan melaksanakan Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Hutan Malaysia yang lebih efektif
     (f) Menubuhkan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan tentang perhutanan
     (g) Menggiatkan usaha-usaha pemuliharaan hutan dan penanaman semula hutan selepas pembalakan
     (h) Mewartakan kawasan hutan yang luas seperti di Pahang Utara, Kelantan, dan Terengganu sebagai Taman Negara seperti kawasan Endau-Rompin
     (i) Menubuhkan Jabatan Perhutanan yang berkesan sebagai pelaksana dasar di setiap negeri dan daerah
     (j) Mengawal kegiatan penerokaan hutan dan mengurangkan kegiatan pembalakan
     (k) Menjatuhkan hukuman yang berat dan setimpal kepada peneroka-peneroka hutan secara haram

Sumbangan kepada Negara
     (a) Ekologi/ sosial
a.     Penyerap unsur karbon dioksida dan penambah isipadu oksigen di atmosfera
b.    Pembiakan pelbagai jenis flora dan fauna
c.     Memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat – terlibat dalam kegiatan membalak dan pelbagai kegiatan di kilang papan
     (b) Ekonomi
a.     Hasil kayu-kayu keras tropika menyumbangkan kira-kira 7% daripada eksport negara
b.    Menjadi daya tarikan pelancong yang memberikan pendapatan yang besar kerana hutan kita adalah antara yang tertua di dunia yang masih terpelihara keasliannya
c.     Menyumbangkan pendapatan kepada masyarakat luar bandar hasil daripada penjualan buluh, rotan, mengkuang, dan ramuan ubatan tradisional
d.    Mengembangkan industri pembinaan dan industri perabot setempat


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan