Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 39: Nilai-nilai Murni


SKOP
Usaha Memupuk Nilai-nilai Murni
     (a)Di peringkat sekolah, usahanya kian teratur dan terancang – sistem pendidikan negara kini mengutamakan nilai-nilai murni dengan mengubah kurikulum dalam KBSR dan KBSM
     (b) 16 nilai murni diperkenalkan di sekolah melalui pengajaran dan pembelajaran di alam persekolahan – nilai-nilai murni tersebut ialah baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, dan semangat bermasyarakat
     (c) Di peringkat umum, kerajaan menganggap serius terhadap pemupukan nilai-nilai murni – melancarkan kempen “Masyarakat Penyayang” untuk membangkitkan kesedaran masyarakat
     (d) Agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta, termasuk pihak media, turut berperanan – menganjurkan kegiatan seperti bergotong royong membersihkan kawasan kediaman, menganjurkan majlis keramaian seperti Hari Keluarga, dan sebagainya untuk memupuk dan menyemai nilai-nilai murni di kalangan anggota masyarakat

Pentingnya Mempunyai Nilai-nilai Murni
     (a) Individu dan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati
     (b) Penghayatan terhadap nilai-nilai murni memungkinkan individu membuat pertimbangan sendiri secara rasional – senantiasa melakukan sesuatu berlandaskan prinsip-prinsip moral dan peraturan
     (c) Pelbagai gejala sosial yang negatif dan menyesatkan dapat dihindarkan atau dikurangkan – kehidupan masyarakat menjadi lebih tenteram dan sentosa
     (d) Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna dalam usaha-usaha pembangunan – negara dapat mencapai kemajuan dan kemakmuran dengan cepat
     (e) Imej negara di mata dunia meningkat – negara akan dipandang tinggi dan dihormati oleh negara-negara lain

Nilai Murni di Kalangan Masyarakat Hari Ini
     (a) Penghayatan terhadap nilai-nilai murni belum mencapai tahap yang dihendaki – meliputi pelbagai golongan dalam masyarakat
     (b) Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak – berlakunya gejala keruntuhan akhlak seperti penyalahgunaan dadah, kegiatan maksiat dan jenayah, melepak, dan sebagainya
     (c) Ada pula ibu bapa dan anggota-anggota keluarga yang bertindak kejam terhadap anak-anak serta sanak-saudara – berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak, perogolan, dan sebagainya
     (d) Muda-mudi lemah pegangan agamanya – keruntuhan moral berlaku di kalangan mereka – mudah terpengaruh oleh gejala-gejala negatif seperti penagihan dadah, pergaulan bebas tanpa batas, dan sebagainya
     (e) Pemimpin-pemimpin masyarakat menyalahgunakan kuasa, melakukan pecah amanah dan rasuah, terlibat dalam skandal yang memalukan, dan sebagainya – menggambarkan betapa lemahnya pegangan mereka terhadap nilai-nilai murni
     (f) Kesedaran tentang pentingnya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan anggota-anggota masyarakat memang wajar ditingkatkan



Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan