Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar



SKOP
Keadaan Alam Sekitar pada Hari Ini
     - Tercemar dan semakin terancam oleh pelbagai kegiatan manusia
     - Cuaca bertambah panas dan berlakunya jerebu kesan daripada tipisnya lapisan ozon
     - Sungai-sungai dicemari, sisa-sisa pembuangan toksik dan sampah sarap
     - Hutan-hutan semula jadi dan hidupan liar musnah kesan daripada aktiviti pembalakan
     - Masalah hakisan tanah semakin meruncing kesan daripada projek pembangunan seperti pembinaan rumah dan padang golf
     - Udara makin tercemar berikutan asap kenderaan, asap kilang, dan penggunaan racun serangga yang berleluasa
     - Alam sekitar dikotori sampah sarap sebagai akibat pembuangan sampah yang tidak bersistem
     - Kesesakan, terutamanya di tempat-tempat awam, contohnya di perhentian bas, di pasar, di panggung wayang, di pusat beli-belah, di kilang, di jalan raya, dan sebagainya
     - Pencemaran bunyi – contohnya, bunyi bising yang berpunca daripada enjin kenderaan dan bunyi bising daripada aktiviti-aktiviti pembangunan

Usaha-usaha Mengekalkan Keindahan Alam Sekitar
     - Menggiatkan usaha menanam pohon-pohon hijau atau pokok-pokok bunga di kawasan bandar
     - Memastikan hutan tidak diteroka sewenang-wenang kerana hutan berperanan penting dalam mengekalkan kehijauan alam sekitar
     - Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga keindahan alam sekitar – misalnya, melalui kempen “Hijaukan Bumi Kita” dan sebagainya
     - Menanam sikap cinta akan keindahan alam di kalangan generasi baru dan menggalakkan mereka menghargai kebersihan dan keindahan alam sekitar

Tujuan Mengekalkan Keindahan Alam Sekitar
     - Untuk memperbaiki mutu alam sekitar
     - Untuk menjaga kebersihan alam sekitar daripada tercemar dengan lebih teruk
     - Untuk mengawal keseimbangan sistem ekologi bumi – menghidarkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh
     - Melindungi hidupan liar daripada pupus dan mengekalkan hutan simpan yang merupakan kawasan tadahan hujan
     - Membantu menambah jangka hayat hidup manusia – alam sekitar yang tercemar memudahkan jangkitan pelbagai jenis penyakit kepada manusia – contohnya, penyakit barah dan asma untuk menggalakkan pelancong berkunjung ke negara ini – alam sekitar yang bersih dan bumi yang hijau sesuai untuk menenangkan fikiran dan beristirahat

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden