Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 50: Projek Pembangunan



SKOP
Tujuan Diadakan Projek Pembangunan
     - sebagai suatu usaha kerajaan untuk memajukan negara setanding dengan kemajuan yang dicapau oleh negara-negara maju. Melalui industri pelancongan misalnya, banyak hotel bertaraf antarabangsa yang dibina dan kawasan desa pula dimajukan – negara akan memperoleh pendapatan daripada pertukaran mata wang asing
     - untuk memungkinkan rakyat berpeluang meningkatkan taraf sosioekonomi mereka – misalnya peluang pekerjaan dan pendidikan
     - untuk mewujudkan pelbagai prasarana kepada rakyat – misalnya projek lebuh raya, empangan hidro elektrik, dan sebagainya
     - untuk mencapai hasrat kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru – contohnya kerajaan memberikan peluang kepada kaum bumiputera untuk melaksanakan projek pembangunan
     - untuk menarik pelabur-pelabur asing melabur di sini – membangunkan industri pelancongan dan industri desa

Kebaikan dan Keburukan Projek Pembangunan
     (a) Kebaikan
                                                           i.      Mewujudkan peluang pekerjaan – mengurangkan masalah pengangguran
                                                          ii.      Mewujudkan peluang pendidikan yang lebih luas
                                                       iii.      Memperkembang minda masyarakat desa selaras dengan arus pembangunan
                                                        iv.      Merapatkan jurang perbezaan taraf hidup antara masyarakat desa dengan masyarakat kota
                                                           v.      Meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara
                                                        vi.      Mewujudkan sistem peerhubungan yang lebih baik melalui pembinaan lebuh raya

     (b) Keburukan
                                                             i.      Menyebabkan musnahnya kawasan hutan simpan – alam sekitar tercemar, hidupan liar terancam, dan sistem ekologi terganggu
                                                          ii.      Menyebabkan lenyapnya keindahan alam semula jadi di desa dan kawasan pedalaman – suasana alam tidak tenang dan damai lagi
                                                       iii.      Memudahan berlakunya masalah sosial – masyarakat lebih bersifat individualistik dan materialistik
                                                        iv.      Kos hidup akan meningkat – membebankan rakyat
                                                           v.      Menyebabkan berlakunya jurang perbezaan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua sebagai akibat perkembangan minda
                                                        vi.      Menggalakkan kemasukan buruh-buruh asing untuk mencari rezeki di sini – menimbulkan pelbagai masalah seperti persaingan dalam kegiatan ekonomi dan masalah sosial
                                                     vii.      Menyebabkan penduduk desa kehilangan tempat tinggal yang diwarisi nenek moyang

Jenis-jenis Projek Pembangunan
     (a) Pembangunan prasarana atau infrastruktur
-         Menyediakan kemudahan untuk keperluan rakyat – contohnya empangan elektrik hidro (penyediaan bekalan elektrik) dan perhubungan (lebuh raya)

     (b) Pembangunan industri
                                                             i.      Industri pelancongan – membangunkan tempat-tempat yang dapat menjadi tumpuan pelancong serta memelihara dan mengekalkan keindahan alam semula jadi
                                                          ii.      Industri ringan – industri yang mengeluarkan bahan-bahan asas pengguna seperti makanan, minuman, dan pakaian
                                                       iii.      Industri desa – industri yang menggunakan bahan semula jadi dan bahan terbuang seperti buluh, rotan, tempurung, mengkuang, pandan, kulit siput, dan sebagainya untuk menghasilkan barang kraf tangan
                                                        iv.      Industri berat – industri yang mengeluarkan besi, keluli, kereta, dan sebagainya

     (c) Pembangunan pertanian/ perladangan
                                                             i.      Mengeluarkan bahan-bahan mentah
                                                          ii.      Menjalankan penyelidikan dan pengkajian bagi menghasilkan benih-benih pokok atau baka-baka haiwan yang baik
                                                       iii.      Mencipta alat yang berteknologi canggih seperti traktor dan alat penoreh getah menggunakan kuasa bateri

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini