Uijan Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 55: Perniagaan/ Perdagangan



SKOP
Jualan Murah
          - Sesuatu barang dijual pada harga yang lebih murah daripada harga biasa kerana diberi diskaun atau potongan harga, misalnya diskaun antara 10% hingga 70%
          - Melibatkan penjualan pelbagai jenis barang dalam sesuatu tempoh yang terhad, misalnya selama seminggu atau dua minggu
          - Jualan rumah tidak boleh diadakan bila-bila – syarikat yang hendak mengadakan jualan murah harus membuat permohonan dan memperoleh permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
          - Biasanya diadakan oleh gedung-gedung yang besar kerana menawarkan pelbagai jenis barang – gedung-gedung yang besar ini mempunyai hubungan rapat dengan pihak pengeluar/ pekilang – mendapat kerjasama mereka untuk membeli barang dalam kuantiti yang banyak dengan potongan harga yang istimewa

Barang Setempat dan Barang Import
           - Industri setempat berjaya mengeluarkan pelbagai jenis barangan, khususnya barangan pengguna yang dulunya diimport
           - Kualiti kebanyakan barangan setempat setanding dengan kualiti barangan yang diimport – sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa
           - Harga barangan setempat lebih murah jika dibandingkan dengan harga barangan yang diimport – kos pengeluaran barangan setempat lebih murah
           - Permintaan terhadap barangan setempat daripada pasaran luar negeri semakin meningkat kerana barangan tersebut berkualiti dan murah
           - Oleh sebab sudah lama berada di pasaran, barangan yang diimport mempunyai kedudukan yang mantap dan dipandang tinggi oleh para pengguna
           - Ada pengguna yang terpengaruh tinggi oleh iklan-iklan barangan yang diimport lalu membuat tanggapan bahawa barangan tersebut lebih berkualiti daripada barangan keluaran setempat
           - Kesedaran pengguna tentang kebaikan membeli barangan setempat sudah meningkat – permintaan dalam negeri terhadap barangan setempat meningkat – hasil kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia”

Kebaikan Berniaga
           - Berniaga dapat memberikan pendapatan yang lumayan – salah satu punca rezeki yang amat murah ialah berniaga – ditegaskan oleh Nabi Muhamamd S.A.W.
           - Berniaga dapat dijalankan sepanjang masa – tidak terikat atau terpengaruh oleh keadaan cuaca atau musim – pendapatan kurang terjejas
           - Berniaga pasti dapat memberikan pendapatan kerana apa-apa yang diniagakan sentiasa mempunyai permintaan – kebijaksanaan si peniaga memungkinkan perniagaannya berkembang dan pendapatannya terus bertambah
           - Berniaga memungkinkan pengusahanya berhijrah dan meluaskan pengalamannya – membuka cawangan di tempat-tempat lain
           - Si peniaga tidak terikat atau tunduk oleh arahan sesiapa – dialah yang membuat segala keputusan tentang perniagaannya
           - Berniaga dapat meningkatkan kemahiran perakaunan dan pengurusan

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini