Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 62: Semangat Kejiranan



SKOP
Pentingnya Semangat Kejiranan
     - Untuk mewujudkan kedamaian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat
     - Unutk menyesuaikan diri dalam masyarakat
     - Untuk mewujudkan perasaan saling mengenali, saling memahami, dan mengeratkan perhubungan melalui amalan ziarah-menziarahi dan sebagainya
     - Memupuk sikap saling membantu dalam menghadapi segala permasalahan dalam kehidupan – misalnya, membantu mengawasi rumah jiran ketika jiran tiada di rumah
     - Mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum
     - Dapat memahami agama dan kebudayaan jiran daripada kaum yang lain serta menghormati perbezaan agama dan kebudayaan tersebut

Usaha-usaha Meningkatkan Semangat Kejiranan
     - Mengamalkan nilai-nilai kejiranan seperti mengutamakan kepentingan dan kebaikan bersama, mengamalkan nilai tolak ansur, hormat-menghormati, dan bantu-membantu
     - Menghormati jiran dan sering menziarahinya ketika jiran sakit atau ketika hari-hari perayaan
     - Sering bertegur sapa dengan jiran
     - Senantiasa bersedia membantu jiran, misalnya dalam urusan kenduri-kendara dan sebagainya
     - Sering bermuafakat dan berbincang dengan jiran tentang hal-hal untuk kebaikan dan keselamatan bersama
     - Mengambil berat tentang keperluan, keselamatan dan kebajikan jiran
     - Menjaga tingkah laku agar tidak menyakiti hati jiran
     - Tidak memikirkan atau membesar-besarkan perkara yang remeh yang mungkin akan merosakkan hubungan dengan jiran
     - Menghormati agama, kebudayaan, dan adat resam jiran

Permasalahan Kerajinan Hari Ini
     - Tidak kenal langsung akan jiran dan tidak mengambil inisiatif untuk berkenal
     - Mementingkan diri sendiri – tidak suka bercampur dengan jiran dan tidak suka jiran mengambil tahu tentang dirinya
     - Bersikap cemburu, sombong, prasangka, iri hati, dan angkuh terhadap jiran lantaran memiliki kelebihan tertentu
     - Enggan bekerjasama dalam sebarang urusan kerana sibuk dengan urusan sendiri
     - Tidak suka bercampur dengan jiran yang berbeza agamanya, kebudayaannya, serta status sosialnya
     - Tidak mempedulikan jiran, misalnya tidak pernah menghadiri majlis kenduri-kendara, apatah lagi membantu jiran
     - Tidak suka meluangkan masa untuk bertegur sapa dengan jiran sebaliknya lebih suka memencilkan diri

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini