Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 64: Isu Keselamatan Negara



SKOP
Peranan Pasukan Keselamatan
     - Melindungi negara daripada ancaman musuh, sama ada musuh dari dalam atau luar negeri – contohnya ancaman komunis
     - Memberikan khidmat bakti (tanggungjawab sosial) kepada masyarakat dalam kerja-kerja kebajikan dan sebagainya
     - Membantu negara-negara lain yang memerlukan bantuan ketenteraan dalam menghadapi keadaan huru-hara dan sebagainya – contohnya: anggota tentera negara kita dihantar ke Kemboja, Somalia, dan Bosnia Herzeagovina (di bawah panji Bangsa-bangsa Bersatu) untuk membantu memulihkan keamanan di sana
     - Mencegah berlakunya pelbagai bentuk jenayah seperti kecurian, pembunuhan, penyeludupan, pencerobohan rakyat asing, dan sebagainya
     -  Meleraikan rusuhan-rusuhan yang ditimbulkan oleh puak-puak tertentu
     - Mengumpulkan risikan keselamatan

Keadaan Keselamatan Negara pada Hari Ini
     - Negara ini bebas daripada ancaman musuh luar – tidak pernah berada dalam keadaan yang membimbangkan – berkat kebijaksanaan pemimpinnya yang menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar – misalnya kerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN
     - Terjamin daripada ancaman komunis
     - Sentiasa terkawal – anggota pasukan keselamatan yang cukup dan terlatih bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan – tentera darat, laut, dan udara, serta pasukan polis, misalnya dapat berkhidmat pada bila-bila masa
     - Tidak menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat – dapat dibuktikan daripada corak hidup seharian masyarakat – bebas melakukan aktiviti politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya

Kerahan Tenaga Rakyat
(a) Maksudnya 
             -  Satu sistem latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada semua peringkat masyarakat dalam peringkat umur tertentu

(b) Tujuan
             - Untuk berkhidmat dalam keadaan tertentu seperti darurat, kekacauan, dan peperangan pada bila-bila masa
             - Untuk membantu remaja dari segi pembinaan fizikal melalui latihan ketenteraan
             - Untuk memberikan peluang kepada remaja daripada pelbagai latar belakang keturunan atau keluarga berinteraksi sesama sendiri – meningkatkan persefahaman antara kaum dan agama
             - Dapat menyemaikan nilai-nilai positif dalam diri remaja dengan lebih berkesan untuk menghindarkan remaja daripada gejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan masalah-masalah sosial

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini