Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 63: Projek Pengindahan Kawasan



SKOP
Tujuan dan Fungsi Mengindahkan Kawasan
     - Untuk menyerikan kawasan sekitar – misalnya dengan membina taman-taman mini dan ditanami pokok-pokok bunga atau tumbuh-tumbuhan
     - Untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar, khususnya di kalangan pelajar
     - Untuk mengawal dan memelihara tumbuh-tumbuhan semula jadi daripada pupus – pelbagai jenis tanaman dapat ditanam di sesuatu kawasan
     - Untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, mengutamakan kebersihan, dan sebagainya
     - Untuk menggalakkan masyarakat menggunakan kawasan tersebut sebagai tempat riadah dan tempat melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
     - Dapat menenangkan fikiran dan beristirahat dalam suasana yang damai
     - Dapat menarik pelancong berkunjung ke negara kita – dapat memajukan industri pelancongan dan menaikkan imej negara

Cara-cara Mengindahkan Kawasan
     - Memperbanyak dan menggiatkan kempen tentang pengindahan kawasan, contohnya kempen “Cinta Sungai Kita” – menyedarkan masyarakat tentang pentingnya penjagaan alam
     - Mengadakan gotong-royong membersihkan dan mengindahkan kawasan oleh penduduk di kawasan perumahan, taman, dan sebagainya
     - Menganjurkan “Hari Pengindahan Alam Sekitar” – melibatkan kakitangan kerajaan dan swasta untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah, misalnya dengan membina taman dalam sekolah – dapat mendidik mereka untuk mengindahkan kawasan
     - Menganjurkan pertandingan mengindahkan kawasan kampung, taman rekreasi, dan sebagainya – dapat menarik minat masyarakat menyertainya

Permasalahan Berkaitan dengan Pengindahan Kawasan
     - Memerlukan perbelanjaan yang banyak, misalnya untuk membina taman, menanam pokok-pokok bunga, dan urusan penyelenggaraan taman tersebut
     - Usaha-usaha mengindahkan kawasan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada individu dan masyarakat – membebankan kerajaan
     - Sikap tidak bertanggungjawab segolongan masyarakat yang menyalahgunakan segala kemudahan yang disediakan, mengotorkan kawasan dengan sampah sarap, melakukan perbuatan maksiat dan aktiviti yang membuang masa, dan sebagainya
     - Kawasan yang diindahkan tidak dilengkapi dengan kemudahan yang tertentu – misalnya tong sampah yang disediakan sedikit dan kecil pula saiznya – menyebabkan sampah sarap dibuang merata-rata

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini