Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 61: Alat Perhubungan/ Pengangkutan



SKOP
Jenis-jenis Alat Pengangkutan Dahulu dan Sekarang
     - Pengangkutan darat – kereta lembu, kereta kuda, basikal, beca, kereta sorong, jip, trak, trailer, lori, bas, van, motosikal, motokar, kereta api, komuter
     - Pengangkutan air – perahu, sampan, kayak, tongkang, rakit, motobot, kapat, kapal selam, feri, dan hoverkraf
     - Pengangkutan udara – belon gas, helikopter, kapal terbang, dan roket

Isu yang Berkaitan dengan Kenderaan Awam
(a) Bas (termasuk bas ekspres dan bas mini)
                              i. Kuantitinya masih belum dapat menampung keperluan pengguna, khususnya yang bekerja di bandar
                            ii. Pemandu dan konduktornya kurang mengutamakan keselamatan dan keselesaan penumpang – memandu kenderaan dalam keadaan yang berbahaya
                          iii. Pemandu atau konduktornya tidak memiliki lesen memandu – tiada jaminan terhadap keselamatan penumpang
                           iv. Tidak menepati jadual perjalanan dan tidak menyediakan perkhidmatan yang memuaskan
                             v. Wujudnya persaingan dengan pemilik bas yang beroperasi secara haram, khususnya pada musim-musim perayaan

(b) Teksi
                             i. Kenaikan tambang teksi – menjadi sungutan pengguna kerana kenaikan tambangnya masih belum menjamin keselesaan penumpang
                           ii. Pemandu teksi enggan mengambil penumpang dan memilih penumpang mengikut destinasi yang disukainya saja
                         iii. Tidak menggunakan sistem meter – untuk memperoleh bayaran yang lebih daripada penumpang
                          iv. Terdapat pemandu teksi yang tidak berdisiplin – merokok ketika memandu, gemar mengganggu gadis dan wanita, memandu dalam keadaan berbahaya

(c) Isu—isu lain
                            i. Kenderaan awam yang bertambah menambahkan kesesakan jalan raya
                          ii Kenderaan awam yang sudah lama beroperasi meningkatkan kadar pencemaran udara
                        iii. Perkhidmatan kereta api dan kapal terbang kurang mendapat sambutan berikutan pembinaan lebuh raya

Peranan dan Fungsi Pengangkutan
     (a)   Memudahkan mobiliti penduduk dari satu destinasi ke destinasi yang lain
     (b)  Menjimatkan masa, terutamanya untuk perjalanan yang jauh – menaiki kapal terbang untuk ke seberang laut lebih menjimatkan masa
     (c)   Memudahkan pemindahan barang-barang dari satu tempat ke tempat yang lain – memudahkan peniaga untuk mengagih-agihkan barang-barang siap kepada pengguna
     (d)  Meluaskan pasaran ke merata-rata – tidak hanya bergantung pada pasaran setempat saja
     (e)   Membantu penyebaran sains dan teknologi serta pengaliran modal antara sebuah negara dengan negara yang lain
     (f)     Memudahkan penduduk dari pelbagai negara bertemu dan melaksanakan kegiatan politik, sosial, dan ekonomi
     (g)   Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara – sistem rangkaian pengangkutan yang cekap dan baik akan menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan baru untuk perkilangan, pertanian, dan perlombongan
     (h)  Menggalakkan perniagaan antarabangsa – sistem pengangkutan moden yang lebih cekap memudahkan kegiatan import dan eksport
     (i)     Mengelakkan pembaziran – membantu mengangkut barang-barang yang mudah rosak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar ke pasaran untuk mengelakkan barang-barang itu daripada busuk

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini