Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 54: Sejarah



SKOP
Tempat-tempat Bersejarah
(a) Maksudnya
          - Tempat-tempat yang ada kaitannya dengan sesuatu peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau
          - Terdapat bangunan atau kesan binaan lama

(b) antara tempat-tempat bersejarah di negara kita termasuklah:
                           i. Di Melaka – Kota A Famosa, Bangunan Stadhuys, Gereja St. Paul di Bukit St. Paul, Perigi Hang Li Po di Bukit Cina, Masjid Tengkera, Tokong Cheng Hoon Teng, Portuguese Square
                        ii. Di Selangor – Kota Melawati di Kuala Selangor
                      iii. Di Negeri Sembilan – Istana Seri Menanti dan Kota Lukut
                       iv. Di Kedah – Kota Kuala Kedah, Candi Sungai Batu Pahat di Lembah Bujang, Makam Mahsuri di Pulau Langkawi
                         v. Di Pulau Pinang – Fort Cornwallis
                      vi. Di Perak – Istana Kenangan di Kuala Kangsar, Istana Kellie di Batu Gajah, Kota Belanda di Teluk Gedung
             vii. Di Kuala Lumpur – Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek, Stesen Ketera Api Kuala Lumpur
            viii. Di Sarawak – Kota Margherita, Istana Gua Niah
                       ix. Di Johor – Kota Batu di Johor Lama, Istana Besar, Bangunan Sultan Ibrahim, Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Pagoh
                        x. Di Sabah – tugu peringatan Mat Salleh di Tambunan

Pemuliharaan Tempat-tempat Bersejarah
(a) Sebab-sebab perlunya permuliharaan
                          i. Mempunyai nilai-nilai sejarah yang tinggi yang tidak mungkin dapat diperoleh lagi jika tempat-tempat tersebut dimusnahkan
                        ii. Untuk mengenang pelbagai peristiwa bersejarah yang ada kaitannya dengan tempat-tempat tersebut
                      iii. Untuk meyakinkan generasi baru bahawa peristiwa sejarah yang dibaca daripada pelbagai bahan bacaan adalah peristiwa yang benar-benar wujud
                       iv. Untuk menunjukkan bahawa negara kita mempunyai sejarahnya yang tersendiri kepada generasi baru atau kepada pelancong
                        v. Untuk mengekalkan kesenian dan reka bentuk tradisional sebagai warisan budaya negara kepada generasi seterusnya
                     vi. Untuk menarik perhatian pelancong dari luar negeri berkunjung ke negara ini – dapat memajukan industri pelancongan – pendapatan negara dapat ditingkatkan

(b) Cara-caranya
                       i. Menjaga tempat-tempat tersebut dari segi kebersihan dan keselamatannya
                     ii. Membaiki dan mengekalkan reka bentuk bangunan di tempat-tempat bersejarah itu mengikut reka bentuk asal
                   iii. Jika terdapat bangunan yang tidak dapat dibaiki, pengubahsuaian kepada reka bentuk moden yang lebih menarik dapat dilakukan
                   iv. Memperindah kawasan sekitar tempat tersebut serta menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu seperti tempat rehat, taman mini, dan sebagainya agar para pengunjung tertarik untuk pergi ke sana

Permasalahan dalam Mengekalkan Tempat-tempat Bersejarah
        - Kos yang tinggi diperlukan untuk tujuan pembaikan bangunan, pengubahsuaian, pengindahan, pengendalian, pengawasan, dan sebagainya
        - Kebanyakan bangunan atau binaan bersejarah di tempat-tempat tersebut terlalu tua usianya – pengekalan bentuk asalnya sukar dilakukan
        -  Masih terdapat golongan masyarakat yang tidak menghargai tempat-tempat bersejarah tidak menguntungkan
        -  Sesetengah tempat bersejarah terletak di kawasan yang agak terpencil dan tidak dilengkapi pelbagai kemudahan – kurang diminati oleh pengunjung

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini