Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 59: Disiplin Pelajar



SKOP
Tahap Disiplin Pelajar pada Hari Ini
     (a)   Agak mendukacitakan dan membimbangkan – pada tahun 1990 sebanyak 3786 remaja dihadapkan ke Mahkamah Juvana kerana kesalahan menyamun, merompak, peras ugut, merogol, mengunjungi rumah urut, dan terlibat dalam kegiatan pelacuran
     (b)  Disiplin pelajar di bandar lebih membimbangkan jika dibandingkan dengan disiplin pelajar di luar bandar – contohnya gejala pelajar yang ponteng sekolah serta budaya lepak lebih banyak berlaku di bandar – kajian awal tentang budaya lepak di kalangan belia Kuala Lumpur mendapati bahawa 44.9 peratus daripada mereka ialah golongan belia dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun
     (c)   Kemerosotan disiplin pelajar baik tidak hanya berlaku pada pelajar lelaki saja tetapi pada pelajar perempuan juga – contohnya masalah “bohsia” (istilah yang diberikan kepada gadis bawah umur yang gemar akan pergaulan bebas)

Punca-punca yang Menimbulkan Masalah Disiplin
     (a)   Ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak mereka – tanpa kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa, anak-anak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang terdapat di sekeliling mereka
     (b)  Ibu bapa harus menitikberatkan pendidikan agama, sama ada di rumah ataupun di sekolah – misalnya, mengajarkan agama semasa di rumah atau menghantar anak-anak ke kelas-kelas agama selepas waktu sekolah
     (c)   Pihak media massa harus memastikan bahawa rancangan-rancangan yang disiarkan bermanfaat kepada golongan remaja dan dapat mengembangkan minda mereka – rancangan yang banyak unsur negatif sewajarnya disiarkan
     (d)  Mensyaratkat bahawa setiap pelajar mempelajari mata pelajaran Pengetahuan Moral di sekolah
     (e)   Mewujudkan konsep “Sekolah Penyayang” – para guru hendaklah menganggap para pelajar sebagai anak dan bukannya musuh – guru pula harus menjadi model dan tempat pelajar mengadukan masalah
     (f)     Penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan – cadangan kerajaan untuk melaksanakan “perintah berkurung” kepada remaja di bawah umur 18 tahun adalah suatu langkah yang berkesan – tujuannya adalah untuk menanangi masalah remaja yang melepak dan masalah “bohsia”
     (g)   Memperkenalkan kerahan tenaga di negara kita – hal ini bertujuan melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab, berdisiplin, dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang mantap

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini