Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 49: Isu Kekeluargaan



SKOP
Hubungan Kekeluargaan Sekarang
     - hubungan kekeluargaan di bandar-bandar besar tampak lebih longgar jika dibandingkan dengan hubungan kekeluargaan di desa-desa
     - sebagai akibatnya, berlakulah isu anak-anak melarikan diri dari rumah, isu lepak, isu “bohsia”, dan sebagainya yang hangat diperkatakan sekarang
     - ibu bapa kurang mengambil berat akan hal ehwal anak-anaknya kerana sibuk dengan urusan sehari-hari
     - anak-anak berasa lebih mesra dengan rakan-rakan sebaya kerana pengalaman hidup dan masalah yang dihadapi hampir sama – rakan-rakan sebaya lebih bermakna daripada ibu bapa
     - anak-anak terikut-ikut oleh sikap dan perilaku negatif rakan-rakan sebaya – terpengaruh oleh budaya asing yang negatif – tegahan dan teguran ibu bapa tidak diendahkan lalu memberontak – menjejaskan hubungan kekeluargaan

Cara-cara Mengekalkan Hubungan Kekeluargaan
     - ibu bapa harus meluangkan masa yang secukupnya untuk bersama dengan anak-anak, beriadah dengan mereka, bersiar-siar dengan mereka, dan sebagainya
     - ibu bapa harus peka dan prihatin akan perkembangan serta permasalahan anak-anak
     - ibu bapa harus bijaksana dalam usaha menangani masalah anak-anak – harus bersikap rasional dan terbuka – harus berbincang dengan anak-anak – mengelakkan prasangka dan tuduhan yang melulu – ibu bapa akan dihormati dan disayangi
     - anak-anak harus bertimbang rasa kepada ibu bapa – harus patuh kepada ibu bapa
     - suasana keagamaan harus dihidupkan dan disuburkan di rumah – ibu bapa dan anak-anak patuh pada ajaran agama
     - kempen-kempen tentang pentingnya hubungan kekeluargaan mestilah diadakan dari semasa ke semasa secara berterusan – melibatkan setiap lapisan masyarakat

Pentingnya Perasaan Kekeluargaan di Kalangan Masyarakat
     - anak-anak berasa dihargai – orang-orang tua pula berasa dihormati – masing-masing akan mengambil berat terhadap hal ehwal masing-masing – terbentuknya peribadi yang mulia di kalangan mereka
     - mewujudkan keluarga bahagia – membentuk masyarakat penyayang – anggota-anggota masyarakat lebih peka dan prihatin terhadap kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh orang lain
     -  mengurangkan berlakunya pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti maksiat, jenayah, penyalahgunaan dadah, dan sebagainya – anggota masyarakat mempunyai sikap yang mulia

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini