Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 48: Permainan Tradisional



SKOP
Jenis-jenis Permainan Tradisional
     - Di kalangan orang dewasa
o   Wau
o   Dam haji
o   Sepak raga bulatan
o   Gasing
     - Di kalangan kanak-kanak
o   Ting-ting
o   Cari cucu
o   Konda-kondi
o   Congkak
     - Dapat dimainkan secara individu dan berpasukan
     - Dapat disertai oleh kaum wanita dan kaum lelaki

Fungsi dan Peranan Permainan Tradisional pada Masyarakat
     - Untuk memberikan hiburan setelah sibuk dengan urusan sehari-hari
     - Untuk memupuk semangat muhibah dan setiakawan serta menjalin hubungan mesra di antara anggota-anggota masyarakat
     - Untuk mempererat hubungan yang sedia ada di kalangan anggota-anggota masyarakat
     - Untuk memenuhi masa yang terluang dan mengelak daripada melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah
     - Untuk memupuk nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai murni secara tidak langsung kepada anggota-anggota masyarakat melalui permainan tersebut

Usaha bagi Menghidupkan dan Mengekalkan Permainan Tradisional
     - Memperkenalkan permainan tradisional kepada para pelajar sejak sekolah rendah lagi melalui mata pelajaran kokurikulum agar permainan tersebut tidak pupus dan terus diminati
     - Mempopularkan permainan tradisional kepada segenap lapisan masyarakat melalui majlis-majlis seperti Hari Keluarga, Temasya Sukaneka atau Sukan Rakyat, dan sebagainya
     - Memberikan publisiti meluas untuk pelbagai jenis permainan tradisional, sama ada melalui media cetak mahupun melalui media elektronik
     - Mengadakan atau menganjurkan pertandingan serta peraduan permainan rakyat untuk menarik perhatian ramai, bukan saja di luar bandar tetapi juga di bandar
     - Mengadakan tempat-tempat khusus, misalnya Taman-taman Budaya yang dibina di setiap negeri agar pertunjukan-pertunjukan permainan tradisional dapat diadakan dan ditunjukkan kepada masyarakat dari semasa ke semasa
     - Agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan sentiasa meningkatkan usaha untuk mengenal pasti pelbagai jenis permainan tradisional dan mengetengahkannya untuk dipertunjukkan, bukan saja kepada masyarakat setempat tetapi juga kepada masyarakat luar negeri

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini