Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 34: Perubatan Traditional


SKOP
Maksud Perubatan Tradisional
     (a) Cara perubatan lama yang tidak menggunakan kajian yang saintifik dan teknik-teknik moden – diamalkan dengan penggunaan jampi, serapah, atau mantera, akar dan daun-daun kayu, dan ramuan herba
     (b) Pengamal perubatan tradisional di Malaysia
a.     Melayu – dukun, pawang, bomoh
b.    Cina – singse
c.     India – “ayuveda”
     (c) Peranan dan pengaruh dukun/ bomoh/ pawang
a.     Dukun, bomoh, dan pawang adalah pengamal perubatan tradisional orang Melayu
b.    Peranan dukun, bomoh, dan pawang dalam masyarakat ini menjadi semakin popular dan penting apabila kerajaan mengiktiraf Persatuan Perubatan Tradisional
c.     Dukun, bomoh, dan pawang memang terkenal di kawasan pedalaman di negara kita
d.    Menjadi kerjaya yang memberikan pendapatan yang lumayan, khususnya bomoh urut
e.     Bergiat secara komersial – penjualan ubat-ubatan dan minyak urut
f.       Antara beberapa sebab semakin pentingnya peranan dukun, bomoh, dan pawang ialah
                                                             i.      Pengiktirafan pada Persatuan Perubatan Tradisional oleh kerajaan
                                                          ii.      Kemujarabannya dalam pengubatan berberapa jenis penyakit seperti patah tulang, penagihan dadah, sengal-sengal oto, dan penyakit karang bernanah
                                                       iii.      Keberkesannya dalam pengubatan penyakit yang mistik yang tidak dapat diubati melalui perubatan moden seperti histeria dan beberapa jenis penyakit kronik, perubatan sihir, dan gangguan makhluk halus

Perbandingan antara Perubatan Tradisional dengan Perubatan Moden
     (a) Dari segi definisi
a.     Perubatan tradisional bermaksud cara perubatan lama yang tidak menggunakan kajian yang saintifik dan teknik-teknik moden
b.    Perubatan moden adalah perubatan yang menggunakan kaedah, kajian, dan penyelidikan secara saintifik
     (b) Cara perubatan
a.     Perubatan tradisional diamalkan dengan penggunaan jampi, serapah, atau mantera, akar dan daun-daun kayu, ramuan herba, dan bahan-bahan semula jadi dalam alam ini – kebersihan dan keselamatannya dapat diragui – pengambilan ubat mestilah berdasarkan pantang larang yang tertentu
b.    Perubatan moden menggunakan ubat-ubatan daripada dadah dan kimia yang diproses dengan berdasarkan kajian dan penyelidikan saintifik yang teliti – lebih bersih dan lebih selamat – pengambilan ubat tidak terikat pada pantang larang tetapi berdasarkan panduan dan nasihat doktor
     (c) Kesan perubatan
a.     Perubatan tradisional tidak menunjukkan kemujaraban yang dapat diyakini atau berasaskan bukti yang nyata – penyembuhan penyakit mengambil masa yang lama dan mungkin juga secara kebetulan – dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit yang tidak dapat diubati melalui perubatan moden
b.    Perubatan moden dapat menunjukkan kesan yang segera – penyembuhannya berasaskan bukti dan diagnosis yang sudah dijalankan – tidak dapat mengubati penyakit yang mistik yang mungkin dapat diubati melalui perubatan tradisional
     (d) Bayaran dan belanja
a.     Kadar bayaran untuk perubatan tradisional lazimnya lebih murah
b.    Kadar bayaran untuk perubatan moden lebih mahal kerana menggunakan peralatan yang canggih

Keberkesanan Mengamalkan Perubatan Tradisional
      -         Perubatan tradisional lebih berkesan khususnya dalam pengubatan sakit tulang, patah, salah urat, urut-mengurut, dan ketagihan dadah
      -         Perubatan tradisional dikatakan berkesan juga untuk mengubati penyakit yang mistik seperti orang yang histeria, terkena sihir, atau gangguan orang halus
      -         Kaedah perubatan ini dikatakan berkesan juga untuk merawat penyakit kencing manis, karang bernanah, dan darah tinggi
      -         Keberkesanan perubatan tradisional sukar dibuktikan atau dinyatakan kerana belum dibuat kajian secara saintifik terhadap kaedah ini

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan