Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 70: Buah-Buahan Setempat



SKOP
Kebaikan dan Kelebihan Buah-buahan Setempat
     - Banyak mempunyai khasiat dan sedap rasanya – diakui oleh pelancong luar negeri yang mencubanya, Contohnya: tembikai dan jambu batu bukan saja enak dimakan tetapi juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi
     - Mudah ditanam dan dijaga – sesuai dengan keadaan iklim negara kita – pokok betik, pokok pisang, dan pokok jambu misalnya, dapat ditanam di kawasan rumah – tidak memerlukan kawasan yang lapang
     - Mudah diperoleh di mana-mana sepangjang masa – ada yang bermusim dan ada yang tidak bermusim
     - Lebih murah harganya jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport
     - Sesuai ditanam secara komersial untuk dieksport – dapat meningkatkan pendapatan negara. Misalnya, jumlah eksport buah-buahan segar dan yang diproses meningkat daripada RM 136.6 juta pada tahun 1985 kepada RM 282.5 juta pada tahun 1991
     - Dapat dipelbagaikan penggunaannya, yakni selain dapat dimakan secara segar buah-buahan setempat dapat diproses menjadi jus, jem, purim, kordial, manisan, dan sebagainya – masyarakat banyak mempunyai pilihan untuk menikmatinya
     - Dapat menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk melawat ke negara kita – lazimnya buah-buahan setempat disajikan kepada pelancong di hotel-hotel – kini, para pelancong dapat menikmatinya di serata tempat

Sambutan Masyarakat Terhadap Buah-buahan Setempat
     - Pada mulanya tidak begitu menggalakkan – masyarakat bertanggapan bahawa buah-buahan setempat kurang berkhasiat – bagi masyarakat kampung, buah-buahan setempat mudah diperoleh dan sering dinikmati – menjemukan mereka
     - Sesetengah golongan tidak gemar akan buah-buahan setempat kerana hendak menjaga status mereka –mereka lebih gemar menikmati buah-buahan yang diimport walaupun harganya mahal
     - Penanaman buah-buahan setempat dijalankan secara kecil-kecilan – bukan untuk tujuan eksport
     - Kini, melalui kempen “Makanlah Buah-buahan Setempat” yang dijalankan oleh kerajaan, masyarakat mula menggemari buah-buahan setempat dan menyedari khasiatnya – buktinya, buah-buahan setempat bukan saja dijual dengan banyaknya di tepi jalan malah dijual di pasar raya ternama juga
     - Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan per kapita buah-buahan setempat meningkat dengan pesat, iaitu daripada 24 kilogram pada tahun 1982 kepada 44 kilogram pada tahun 1989
     - Penggunaan buah-buahan di kalangan masyarakat dijangka akan terus meningkat kesan daripada pertumbuhan dan perpindahan penduduk serta perubahan pola pemakanan

Usaha Memajukan Industri Buah-buahan Setempat
(a) Usaha dimulakan dengan penubuhan Majlis Industri Buah-buahan Malaysia pada tahun 1987 – sebagai hasilnya, buah belimbing berjaya menembusi pasaran Eropah dengan nilai eksportnuya melebihi RM 23.8 juta

(b) Pelbagai usaha dapat dijalankan untuk memajukan industri buah-buahan. Antaranya termasuklah:
                           i. Memperluas kawasan penanaman buah-buahan setempat – selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan buah-buahan setempat sebagai tanaman pilihan keempat terpenting selain getah, kelapa sawit, dan koko
                        ii. Meneroka kawasan tanah yang terbiar seperti tanah bekas lombong untuk mengusahakan ladang buah-buahan secara komersial
                      iii. Mempelbagaikan jenis buah-buahan setempat,khususnya yang berpotensi untuk dipasarkan ke luar negeri
                       iv. Mempelbagaikan dan memperluas pasaran di luar negeri
                        v. Menggalakkan pengusaha buah-buahan secara kecil-kecilan, petani, atau peladang mengusahakan penanaman buah-buahan ini – dengan memberikan khidmat nasihat, bimbingan, dan sebagainya tentang teknik-teknik penanaman buah-buahan setempat yang bermutu
                      vi. Mempertanggungjawabkan pihak MARDI merangka dasar penyelidikan dan pembangunan yang lebih dinamik – dengan memberikan penekanan terhadap penyelidikan buah-buahan setempat – misalnya, menghasilkan benih buah-buahan yang berkualiti tinggi, mencipta alat untuk mengawal serangga, dan sebagainya
             vii. Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan setempat
            viii. Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang lebih maju dalam industri buah-buahan

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini