Puisi Tradisional: Gurindam Beberapa Petua Hidup
Maksud Gurindam
Fikir dan Kata
|
|
Rangkap 1:
|
Setiap individu mestilah berfikir dan menyiasat sesuatu perkara yang
berlaku agar mereka tidak menghadapi masalah dalam tindakan mereka.
|
Rangkap 2:
|
Setiap individu perlu berfikir secara rasional sebelum bercakap tentang
sesuatu perkara supaya tidak menimbulkan salah faham terhadap orang lain.
|
Rangkap 3:
|
Seseorang yang mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati orang lain
adalah seperti racun yang berbisa.
|
Rangkap 4:
|
Setiap individu yang tidak menjaga tutur dan katanya pasti akan
menghadapi masalah yang besar.
|
Silang Sengketa
|
|
Rangkap 5:
|
Seseorang individu yang suka bersengketa dengan orang lain pasti akan
bersedih pada masa akan datang.
|
Rangkap 6:
|
Kita perlulah mengelakkan perselisihan atau perbalahan. Walau bagaimanapun,
jika perselisihan berlaku, kita mestilah menghadapinya dengan sikap terbuka.
|
Ilmu
|
|
Rangkap 7:
|
Seseorang individu dianggap tidak begitu penting sekiranya dia kurang
berpengetahuan.
|
Rangkap 8:
|
Jika seseorang individu rajin belajar, pasti dia akan mendapat ilmu
pengetahuan.
|
Dunia Pergaulan
|
|
Rangkap 9:
|
Kehidupan ini merupakan tempat bagi kita untuk bersosial. Oleh itu, kita
perlulah memilih rakan yang sesuai.
|
Rangkap 10:
|
Sikap dan sifat seseorang individu akan dapat diketahui melalui rakan pergaulannya.
|
Rangkap 11:
|
Seseorang individu yang mempunyai sikap dan kelakuan yang sama akan
berada dalam kumpulan yang sama.
|
Sifat-sifat yang Baik
|
|
Rangkap 12:
|
Seseorang individu yang baik hati akan dipandang tinggi oleh masyarakat.
|
Rangkap 13:
|
Seseorang individu yang suka menderma akan mudah mengambil hati orang
lain.
|
Rangkap 14:
|
Seseorang individu yang suka memberi dan tidak kedekut mudah mendapat
kawan.
|
Perbuatan yang Baik
|
|
Rangkap 15:
|
Seseorang individu yang berbakti, namanya pasti akan diingati
selama-lamanya.
|
Rangkap 16:
|
Kita perlu membantu orang lain, namun begitu kita mestilah membantu diri
sendiri terlebih dahulu.
|
Sifat-sifat yang Jahat
|
|
Rangkap 17:
|
Individu yang berpura-pura baik tidak akan disenangi oleh masyarakat.
|
Rangkap 18:
|
Seseorang individu yang melakukan kejahatan akan dibenci oleh Tuhan.
|
Tema
Nilai-nilai murni yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan.
Persoalan/ Nilai/ Pengajaran
Rasional
Persoalan:
|
Persoalan rasional dalam membuat sebarang tindakan.
|
Nilai:
|
Nilai rasional.
|
Pengajaran:
|
Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam melakukan
sebarang tindakan.
|
Contoh:
|
Kita dinasihatkan agar berfikir secara rasional sebelum berkata-kata
untuk mengelakkan salah faham dan sengketa sesama manusia.
|
Kerajinan
Persoalan:
|
Persoalan kerajinan dalam menuntut ilmu pengetahuan.
|
Nilai:
|
Nilai kerajinan.
|
Pengajaran:
|
Kita mestilah rajin belajar
dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan.
|
Contoh:
|
Kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan pengetahuan dan
kemahiran.
|
Kebijaksanaan
Persoalan:
|
Persoalan kebijaksanaan ketika memilih seseorang
sahabat.
|
Nilai:
|
Nilai kebijaksanaan.
|
Pengajaran:
|
Kita hendaklah bijak memilih
sahabat di dunia yang penuh dengan cabaran.
|
Contoh:
|
Kita dinasihatkan agar sentiasa memilih sahabat yang dapat memimpin kita
ke jalan yang lurus di dunia yang penuh dengan cabaran ini.
|
**Akan dikemas kini**
Comments
Post a Comment