Rencana tentang Punca-punca dan Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pencemaran Alam Sekitar


Punca-punca dan langkah-langkah
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar
Oleh: Edwin Tan

          Dalam pasca globalisasi ini, negara kita semakin menghampiri ambang 2025 sebagai negara maju dalam perindustrian akan menjadi realiti atau hanya fantasi. Dengan mencapai matlamat ini, warganegara kita menjayakan dan mereleasasikan keunggulan dalam pelbagai sektor supaya kita dapat bertanding di persada antarabangsa. Walaupun sektor perindustrian semakin berkembang, tetapi di sebaliknya, terdapat banyak isu yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Isu pencemaran alam sekitar telah menjadi liputan utama akhbar masa kini dan ianya semakin serius. Terdapat banyak punca kepada perkara ini disebabkan pembangunan yang tidak terkawal dan pertambahan penduduk yang tinggi terutama di bandar besar, serta sumber-sumber yang diperlukan untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

          Pencemaran alam sekitar boleh dibincangkan dengan membahagikan kepada tiga aspek, iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Golongan pemaju perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan mereka. Jadi, fenomena ini ialah salah satu punca yang penting yang menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana semakin banyak pokok-pokok ditebang untuk memberikan medan kepada kemajuan dalam sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang dibebas oleh manusia tidak dapat dikitar semula, kerana tidak diserap oleh flora yang populasinya rendah. Pembakaran secara terbuka juga meningkatkan tahap pencemaran udara. Gas yang dibebaskan semasa pembakaran mengandungi karbon dioksida, sulfur dioksida, karbon monoksida, sulfur monoksida, dan gas lain yang akan menyebabkan hujan asid, serta telah mengubah tahap pH dalam udara. Keadaan ini bagai telur di hujung tanduk. Perkembangan dalam sektor pembangunan dan sektor perindustrian menyebabkan pencemaran udara.

          Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada pencemaran air ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana mereka tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata di mana-mana tempat. Sampah yang dibuang mungkin secebis tisu atau sisa makanan, plastik di tepi jalan atau ke dalam air sungai. Manakala untuk golongan perindustrian seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran telah mencemarkan air sungai penuh dengan sisa-sisa toksik atau bahan kimia dalam penghasilan keluaran mereka. Kejadian ini akan menyebabkan bekalan air yang digunakan oleh penduduk juga dicemar. Kalau penduduk yang tinggal berhampiran kilang-kilang yang tersebut mereka mudah akan dikena meracun. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sikap yang tidak bertanggungjawab ialah punca utama yang menyebabakan pencemaran air.

          Tambahan pula, pembangunan infrastruktur dan pengangkutan di jalan raya serta pengangkutan awam yang tidak dirancangkan dengan baik, juga menyebabkan pencemaran bunyi. Hal ini mungkin berlaku disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak di tapak pembangunan. Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti motosikal, lori, kereta dan juga kapal terbang merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran bunyi. Hal ini berlaku jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat, tahap pencemaran juga akan meningkat berikut tambahan jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya atau pengangkutan awam untuk bergerak ke destinasi yang dituju. Pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama di kawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan pendengaran manusia. Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang, pembangunan infrastruktur dan penggunaan kenderaan motor dalam bilangan yang bertambah benarlah menyebabkan pencemaran bunyi terutama di bandar.

          Pelbagai usaha dapat dijalankan untuk menangani isu-isu alam sekitar dilakukan sama ada pihak kerajaan dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan cara bukan perundangan. Penanaman pokok semula dan penanaman pokok bunga di persekitaran taman perumahan dapat mengatasi masalah peningkatan suhu dan kualiti udara. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dari meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesis. Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka boleh diatasi dengan menggalakkan masyarakat menjual barang yang dapat dikitar semula kepada peniaga barang. Barang-barang yang diproses semula dapat menghasilkan produk yang baharu. Masyarakat yang bagai aur dengan tebing dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup kepada tahap yang lebih baik.

          Kempen mencintai alam sekitar juga dapat diadakan oleh kerajaan. Kempen ini dapat disiarkan dalam rancangan televisyen dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar dapat kita terpelihara. Rasa tanggungjawab dan kesedaran sivik perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk semua. Kerajaan pula bertindak untuk menguatkuasakan undang-undang tentang alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar wajar menghukum pihak-pihak yang berkenaan yang mencemarkan alam sekitar dengan undang-undang yang sedia ada. Sebagai contoh, orang yang terlibat dalam pencemaran air Sungai Kim Kim yang terletak di Pasir Gudang, negeri Johor beberapa minggu lepas telah dituduh oleh pihak kerajaan kerana pencemaran ini telah mengakibatkan penduduk berhampiran Sungai Kim Kim bernafas udara yang dicemar oleh racun yang dibebaskan oleh sisa-sisa toksik dari air sungai yang dicemar. Masyarakat haruslah diajar sejak kecil lagi, bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ agar masalah pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.

          Sebagai kesimpulan, terdapat banyak isu yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jika minda masyarakat tidak berubah, masalah seperti pemanasan global dan perbalakan serta lain-lain tidak dapat diatasi. Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai, memelihara dan memulihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam bumi dan langit yang sama, kita hendaklah berusaha membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik. Bumi ialah rumah kita, menghargai dan mengubatinya, janganlah mencederakannya, jangan membuat bumi nangis lagi lah.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini