Usaha-usaha untuk Memupuk Sebuah Keluarga yang Bahagia



          Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Pengamalan kasih sayang dan prihatin sesama ahli mampu mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Kasih sayang adalah suatu sikap saling menghormati dan mengasihi semua ciptaan Tuhan. Keluarga memainkan peranan dalam membentuk jati diri ahli keluarga. Namun begitu, setiap ahli keluarga perlu menanam nilai-nilai murni dalam diri bagi membentuk keluarga yang harmoni.

          Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa sebagai suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa yang menjadi suri teladan kepada anak-anak dapat memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik. Anak-anak yang masih kecil akan mencontohi perlakuan orang yang lebih dewasa. Sebagai contoh, ibu bapa melakukan perkara yang negatif, seperti merokok dan berjudi di hadapan mereka akan menyebabkan anak-anak mengikut perlakuan ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak mereka, dan dapat membetulkan perangai dan sikap buruk anak dengan segera. Ibu bapa janganlah mengajar anak seperti peribahasa Melayu ‘ketam mengajar anak berjalan betul’. Oleh itu, usaha memupuk keluarga bahagia haruslah dicapai dengan menjadi teladan yang baik untuk anak-anak kerana ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’.

          Sebagai sebuah keluarga yang bahagia, kerapkan berkomunikasi haruslah sentiasa diamalkan antara ahli keluarga. Setiap ahli keluarga amat memerlukan antara satu sama lain dengan berkongsi masalah dengan ibu bapa. Ibu bapa juga wajarlah mendengar setiap masalah teliti serta berbincang secara terbuka dalam usaha menyelesaikan masalah. Sebagai ibu bapa, ruang untuk melontar pandangan diri setiap ahli keluarga harus diberikan. Peranan ibu bapa adalah untuk mencari pendekatan yang sesuai atau menasihati anak-anak dalam menangani masalah yang dihadapi. Kesannya, perbuatan ini akan mewujudkan persefahaman, kepercayaan dan keyakinan antara ahli keluarga. Dalam menangani setiap situasi yang akan menghadapi, penyelesaian yang baik dapat melahirkan institusi keluarga yang bahagia. Ibu bapa haruslah menjaga setiap ahli keluarga seperti ‘menatang minyak yang penuh’, dan mempunyai kerjasama ‘bagai aur dengan tebing’ antara ahli keluarga. Jelaslah bahawa usaha memupuk keluarga yang bahagia hendaklah mengadakan komunikasi harmoni dan dua hala.

          Didikan agama dan moral dalam sebuah keluarga juga tidak dapat diabaikan. Bagi membentuk sahsiah yang tinggi dalam generasi muda, nilai-nilai murni dan akhlak baik haruslah diberi didikan sejak kecil-kecil lagi. Jika seorang tidak mempunyai agama, dia akan hilang petunjuk kehidupan seperti kapal tanpa nakhoda. Ibu bapa haruslah membantu anak-anak berpandukan ajaran agama supaya mereka dapat berfikir dengan rasional dan matang berdasarkan alasan dan bukti yang nyata serta mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran agama akan melahirkan anak-anak yang mempunyai tingkah laku yang baik. Justeru, ibu bapa diwajibkan untuk memberi didikan agama yang betul kepada anak sejak kecil, bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Tuntasnya, usaha memupuk keluarga bahagia haruslah menerapkan didikan agama dan moral kepada generasi muda supaya mengeratkan hubungan ahli keluarga.

          Keluarga yang bahagia tidak dapat dipisahkan dengan saling menghormati antara ahli keluarga. Sebuah keluarga yang saling menghormati antara ahli keluarga dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan menuju ke arah keluarga yang bahagia. Anak-anak harus menghormati ahli keluarga yang lebih tua, iaitu abang, kakak, datuk dan nenek juga supaya dapat mengelakkan pertelingkahan. Sikap saling menghormati harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian supaya mendapat gemari orang lain. Kita pun mestilah menjaga etika dan maruah diri agar mengharumkan imej keluarga. Kata orang tua-tua ‘yang muda disayangi, yang tua dihormati’. Realitinya, usaha memupuk keluarga yang bahagia hendaklah bersikap amalan saling menghormati sesama ahli keluarga agar hubungan antara ahli keluarga lebih ketat.

          Tambahan pula, ibu bapa haruslah memantau kegiatan anak-anak. Ibu bapa pastilah meluangkan masa untuk menemani anak dan memantau aktiviti seharian anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana dalam masyarakat yang modenisasi, semua orang lebih menitikberatkan kebenderaan atau materialistik. Ibu bapa haruslah mengambil tahu kawan anak-anak serta membantu anak-anak daripada memilih rakan yang salah agar tidak menyebabkan gejala sosial berlaku. Jika ibu bapa dapat memantau kegiatan anak-anak, kegiatan gejala sosial tidak akan berlaku, sebarang masalah dapat diselesaikan dengan segera dan dapat memelihara nama baik keluarga. Oleh itu, ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk menemani anak walaupun ibu bapa sibuk dalam bekerja. ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Pokoknya, usaha memupuk keluarga yang bahagia haruslah ibu bapa mengambil tahu aktiviti anak-anak.

          Ulasan dan kupasan yang terperinci dan mendalami sudah sampai ke hujung mata pena. Sebagai akhirul kalam, saya ingin membuat rumusan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat penyayang dan maju. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengatasi masalah dengan cara-cara yang baik. Sekiranya semua pihak bekerjasama dan menggembleng tenaga, fenomena tersebut dapat berjaya diselesaikan. Impian negara untuk mewujudkan masyarakat penyayang demi kebaikan bersama juga dapat direalisasikan, bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Comments

Unknown said…
Hi , halalkan isi yang saya ambil drpd karangan ini ..terima kasih~~
Unknown said…
mohon share untuk kegunaan anak saya yang lemah bm
Unknown said…
hi saya suka apa yg diterangkan tapi boleh tk terangkan lebih lanjut tentang bagaimana anggota dalam keluarga boleh memupuk sikap yg lebih efektif untuk memupuk kasih sayang. thank you.

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan