Laporan Program Cintai Alam Sekitar
Laporan Program Cintai Alam Sekitar
Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur
Pada 20 April 2017, Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Persendirian Chong
Hwa, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Cintai Alam Sekitar di Sungai
Congkak, Hulu Langat. Program ini disertai oleh 30 orang ahli Kelab Alam
Sekitar dan juga tiga orang guru.
Pada era globalisasi ini, alam sekitar kita semakin teruk dijamin dan
kelihatan tidak baik. Dengan itu, Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah
Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur telah memohon Majlis Bandaraya untuk
mengadakan Program Cintai Alam Sekitar ini di Sungai Congkak, Hulu Langat.
Progam ini bertujuan untuk belajar menjaga alam sekitar dan habitat di kawasan
Sungai Congkak. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara ahli-ahli kelab.
Sebelum matahari terbit, ahli-ahli yang menyertai program ini sudah
berkumpul di dewan serbaguna sekolah. Semua ahli dan guru penasihat memakai
baju Kelab Alam Sekitar datang ke sekolah. Mereka mengangkat alat-alat yang
akan digunakan kepada guru untuk mengira bilangan alat. Alat-alat yang
disediakan seperti plastik sampah, cangkul dan sebagainya diangkat ke dalam
lori yang kecil. Selepas ahli-ahli diberikan taklimat ringkas, mereka beratur
dengan disiplin untuk menaiki bas disediakan yang berhawa dingin lalu bertolak
ke destinasi mereka.
Setelah 1 jam 30 minit, mereka tiba di destinasi mereka. Mereka bekerjasama
mengangkat barang dan alatan yang akan diguna nanti ke pondok yang berdekatan.
Semua ahli berkumpul di pondok itu sambil berbincang dengan suara yang rendah
sambil menunggu guru memanggil nama. Selepas itu, ahli-ahli dibahagikan kepada
tiga kumpulan untuk menjalankan tugas mereka. Kumpulan pertama bertugas untuk
membersihkan lantai dan mengutip sampah dengan menggunakan alat yang sesuai dan
plastik sampah. Kumpulan kedua bertugas untuk membersihkan sampah sarap di
permukaan Sungai Congkak manakala kumpulan ketiga membantu kumpulan pertama dan
kumpulan kedua mengambil alatan yang digunakan dan menyediakan makanan tengah
hari.
‘Sedikit-sedikit lama menjadi bukit’, setelah bekerjasama satu jam, kawasan
Sungai Congkak kelihtan lebih baik berbanding dengan kelihatan sebelum
dibersihkan. Terdapat banyak plastik sampah dikutip dengan daun pokok dan kayu.
Permukaan Sungai Congkak menjadi bersih seperti kaca. Cahaya matahari
menyebabkan kawasan Sungai Congkak menjadi tempat yang dirasa sebagai syurga.
Ahli-ahli kelab melihat keadaan ini, walaupun mereka bertitik peluh dan berasa
letih lesu, mereka juga berasa riang hati kerana melihat keputusan yang mereka
mencapai.
Pada pukul 12.00 tengah hari, semua ahli yang menyertai program ini
berkumpul di pondok. Mereka makan tengah hari yang disediakan oleh kumpulan
ketiga sementara mereka sedang membersihkan kawasan Sungai Congkak. Selepas
makan, pengerusi Kelab Alam Sekitar dan guru penasihat menyampaikan ucapan
ringkas untuk membuat kesimpulan program hari itu. Pengerusi dan guru penasihat
juga memberikan sijil penyertaan Program Cintai Alam Sekitar kepada ahli-ahli
yang menyertai program ini.
Pada pukul 1.00 petang, ahli-ahli mengemaskan barang, alatan dan sampah
yang dikutip ke atas lori. Sampah dikutip akan dihantar kepada majlis
bandaraya. Mereka bertolak balik ke sekolah dan tiba di sekolah pada pukul 2.30
petang. Sebagai kesimpulan, program ini dapat belajar cara menjaga alam
sekitar. Program ini juga mengeratkan hubungan antara ahli-ahli kelab. Alam
sekitar berhubung dengan manusia dengan erat. Oleh itu, kita haruslah menilai
kepercayaan kepada Tuhan dengan mengingatkan ajaran Tuhan menjaga keunikan alam
sekitar. Ahli-ahli berharap Kelab Alam Sekitar dapat mengadakan lebih banyak
aktiviti bermoral dan berhubung dengan alam sekitar pada masa yang akan datang
untuk menjaga keunikan, keharmonian dan keamanan alam sekitar.
Laporan
disediakan oleh, 27 APRIL 2017.
(EDWIN TAN)
Comments
Post a Comment