Puisi Tradisional: Gurindam 12 Fasal yang ke-3
Maksud Sajak
|
||
Rangkap
1:
|
Apabila
seseorang itu berjaya menjaga mata dengan baik, maka tidak akan timbul
pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.
|
|
|
|
|
Rangkap
2:
|
Apabila
seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik, berita-berita yang
tidak baik dapat dihindarinya.
|
|
|
|
|
Rangkap
3:
|
Apabila
seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak manfaatnya akan
diperolehnya.
|
|
|
|
|
Rangkap
4:
|
Apabila
seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang berat dan ringan
akan dapat diselesaikannya.
|
|
|
|
|
Rangkap
5:
|
Sekiranya
seseorang gagal mengawal nafsu makan, makan banyak perkara yang memudaratkan
akan timbul.
|
|
|
|
|
Rangkap
6:
|
Perlunya
kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak mudah
luntur.
|
|
|
|
|
Rangkap
7:
|
Perlunya
mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh membawa
kepada kerosakan.
|
|
|
|
|
Tema
|
||
Huraian:
|
Nasihat
kepada murid agar memelihara anggota diri dan berbudi pekerti mulia. Contohnya,
penjagaan anggota diri mampu menghindarkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan buruk.
|
|
|
|
|
Persoalan/ Nilai/ Pengajaran
|
||
Hemah
Tinggi
|
|
|
Persoalan:
|
Persoalan
sikap hemah tinggi dalam pergaulan
dan tutur kata.
|
|
Nilai:
|
Nilai
berhemah tinggi.
|
|
Pengajaran:
|
Kita
hendaklah bersikap hemah tinggi
dalam pergaulan dan tutur kata agar tidak mendatangkan keburukan kepada diri
sendiri dan orang lain.
|
|
Contoh:
|
Gurindam
ini menasihati kita agar bersikap hemah tinggi seperti mengawal tutur kata
dan berfikir sebelum mengatakan sesuatu perkara.
|
|
|
|
|
Rasional
|
|
|
Persoalan:
|
Persoalan
haruslah berfikir secara rasional
dan menggunakan pertimbangan akal fikiran.
|
|
Nilai:
|
Nilai
rasional.
|
|
Pengajaran:
|
Kita
haruslah berfirkir secara rasional
dan menggunakan pertimbangan akal fikiran.
|
|
Contoh:
|
Kita
dinasihatkan agar berfikir secara rasional dan tidak mudah percaya cerita
yang didengar dengna sewenang-wenangnya (mudah).
|
|
|
|
|
Kesederhanaan
|
|
|
Persoalan:
|
Persoalan
kesederhanaan dalam kehidupan
terutamanya dalam pengambilan makanan.
|
|
Nilai:
|
Nilai
kesederhanaan.
|
|
Pengajaran:
|
Kita
mestilah bersikap sederhana
terutamanya semasa mengambil makanan.
|
|
Contoh:
|
Gurindam
ini menasihati kita agar makan secara sederhana kerana makan terlalu kenyang
akan mendatangkan banyak keburukan.
|
|
|
|
|
Bentuk Sajak
|
||
1.
|
Sajak
ini berbentuk tidak bebas atau terikat.
|
|
2.
|
Sajak
ini terdiri daripada tujuh rangkap.
|
|
3.
|
Bilangan
barisnya dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap.
|
|
4.
|
Jumlah
patah kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara 2 hingga 7 patah kata
sebaris.
|
|
5.
|
Jumlah
suku kata dalam setiap baris juga hampir sama, iaitu antara 9 hingga 11 suku
kata.
|
|
6.
|
Rima
akhir sajak ini tetap iaitu ‘aa’.
|
|
|
|
|
Gaya Bahasa
|
||
Puitis:
|
‘Apabila terpelihara mata,sedikitlah cita-cita’.
|
|
Kiasan:
|
‘Apabila perut sudah penuh, keluarlah fiil yang tidak seronoh’.
|
|
Inversi:
|
Nescaya
dapat daripadanya faedah khabar yang jahat tiadalah damping.
|
|
|
|
|
Unsur Bunyi
|
||
Asonansi:
|
Iaitu
perulangan vokal ‘a’:
Apabila terpelihara mata.
|
|
Aliterasi:
|
Iaitu
perulangan bunyi konsonan ‘g’:
Bersungguh-sungguh
engkau memeliharakan tangan.
|
Comments
Post a Comment