Puisi Moden: Aku Membaca Lagi

Maksud Sajak

Rangkap 1:
Penyajak melihat ke langit lalu mengamati keagungan Tuhan. Di bawahnya terdapat awan, tiupan angin yang lembut dan banjaran gunung.


Rangkap 2:
Penyajak mengamati segala yang ada di langit dan bumi. Terdapat bunyi burung, bunyi ombak dan pelangi yang mewarnai kehidupan manusia.


Rangkap 3:
Penyajak melihat dan cuba memahami langit. Penyajak mendapati adanya pokok-pokok yang tidak teguh, dahan dan ranting terkulai dan daun-daun berguguran sehelai demi sehelai (simbolik nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan di negaranya).


Rangkap 4:
Penyajak masih lagi memahami perkara yang tersurat di langit. Penyajak dapat melihat kesedihan bulan dari bintang (pejuang-pejuang bahasa) yang bersedih kerana nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsanya di tanah air sendiri.


Rangkap 5:
Penyajak kembali melihat ke langit. Kali ini, penyajak melihat kesedihan langit kerana nasib bahasa Melayu yang semakin dilupakan anak bangsa.


Tema

Huraian:
Bahasa Melayu yang semakin terpinggir dan dilupakan. Contohnya, hal ini berlaku kerana anak bangsa peribumi makin ghairah menuturkan bahasa lain hingga melupakan jati diri (identiti diri) yang sebenar.


Persoalan/ Nilai/ Pengajaran

Menghargai

Persoalan:
Persoalan menghargai keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Nilai:
Nilai menghargai.
Pengajaran:
Ktia hendaklah menghargai keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Contoh:
Penyajak menghargai dan menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


Prihatin

Persoalan:
Persoalan keprihatinan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu.
Nilai:
Nilai keprihatinan.
Pengajaran:
Kita haruslah prihatin terhadap nasib bahasa Melayu yang semakin terpinggir.
Contoh:
Penyajak amat prihatin terhadap nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh masyarakat kini.


Cinta akan bahasa Melayu
Persoalan:
Persoalan cinta akan bahasa Melayu.
Nilai:
Nilai cinta akan bahasa Melayu.
Pengajaran:
Kita hendaklah cinta akan bahasa Melayu.
Contoh:
Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.


Bentuk Sajak

1.
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2.
Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
3.
Bilangan barisnya tidak sama:
Rangkap 1 (5 baris)
Rangkap 2 (4 baris)
Rangkap 3 (7baris)
Rangkap 4 (4 baris)
Rangkap 5 (4 baris)
4.
Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 1 hingga 6 patah kata sebaris.
5.
Jumlah suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 4 hingga 12 suku kata.
6.
Rima akhir sajak ini bebas/ tidak sama:
Rangkap 1: abcde
Rangkap 2: abcd
Rangkap 3: abcadae
Rangkap 4: abcd
Rangkap 5: abcd


Gaya Bahasa

Sinkope:
Kuselusuri alam, menekuni kebesaran-Mu, mewarnai kehidupan umat-Mu.
Personifikasi:
Desiran ombak dan wajah pelangi, dahan dan ranting terkulai, bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa, menitis air mata langit.
Repetisi:
helai demi helai
Inversi:
menitis air mata langit
Metafora:
wajah pelangi, lantai tanah airku


Unsur Bunyi

Asonansi:
Iaitu perulangan vokal u: kicauan burung.
Aliterasi
Iaitu perulangan bunyi konsonan d:
di dalam pohon-pohon kayan rapuh


Nada

Huraian:
Sajak ini bernada melankolik. Contohnya, sajak ini menggambarkan perasaan sedih dan rasa kecewa penyajak terhadap nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh anak bangsa.

Comments

Unknown said…
Terima kasih untuk nota ni .
Unknown said…
Terima kasikasih sya ambil ya
Unknown said…
Terima kasihkasih*

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden