Puisi Tradisional: Syair Bidasari
Maksud Sajak
|
||
Rangkap
1:
|
Penyair
mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di Negeri
Kembayat. Kisah itu ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan
dibuat perbandingan.
|
|
|
|
|
Rangkap
2:
|
Di
Negeri Kembayat terdapat seorang raja yang masyur dan bijaksana. Baginda juga
merupakan seorang raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang
datang mendalami pengajian dalam bidang agama Islam di negerinya itu dengan
adil.
|
|
|
|
|
Rangkap
3:
|
Diceritakan
juga bahawa raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah
negara dalam suasana aman tanpa sedikit pun menghadapi kesusahan. Namun,
mereka tidak dapat menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa yang
mendatang.
|
|
|
|
|
Rangkap
4:
|
Raja
yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri
baginda telah hamil.
|
|
|
|
|
Rangkap
5:
|
Sepanjang
raja memerintah Negeri Kembayat dengan suasana yang aman damai dan gembira,
akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayat dikejutkan dengan berita sedih
apabila baginda raja telah mangkat.
|
|
|
|
|
Rangkap
6:
|
Dikisahkan
pada suatu hari yang lain, Negeri Kembayat telah diserang oleh burung garuda
yang ganas dan kuat yang terbang dari angkasa. Serangan ini telah banyak
mendatang kemusnahan di Negeri Kembayat.
|
|
|
|
|
Rangkap
7:
|
Digambarkan
kisah burung garuda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat
bergema hingga menggemoarkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi
huru-hara. Rakyat jelata lintang-pukang menyelamatkan diri masing-masing.
|
|
|
|
|
Rangkap
8:
|
Di
istana, rakyat jelata datang menghadap raja. Apabila mendengarkan keadaan di
luar istana sangat bising dan gegak-gempita, baginda yang garang dan tidak
prihatin berasa hairan melihat situasi itu dan menanyakan rakyatnya sebab
keadaan itu berlaku.
|
|
|
|
|
Tema
|
||
Huraian:
|
Cabaran
yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbiran negara. Contohnya, Raja
Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urus
negara. Manakala, Raja kedua yang mengambil alih kuasa pemerintahan Negeri Kembayat
bersikap garang dan tidak prihatin terhadap masalah rakyat yang berhadapan
dengan dengan serangan burung garuda.
|
|
|
|
|
Persoalan/ Nilai/ Pengajaran
|
||
Kebijaksanaan
|
|
|
Persoalan:
|
Persoalan
kebijaksanaan memimpin sebuah
kerajaan.
|
|
Nilai:
|
Nilai
kebijaksanaan.
|
|
Pengajaran:
|
Kita
perlulah bijaksana dalam merangka,
menyusun, dan membuat segala perancangan tugas supaya tugasan itu berhasil
dengan baik dan sempurna.
|
|
Contoh:
|
Raja
Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat.
|
|
|
|
|
Tanggungjawab
|
|
|
Persoalan:
|
Persoalan
tanggungjawab seorang pemimpin.
|
|
Nilai:
|
Nilai
bertanggungjawab.
|
|
Pengajaran:
|
Kita
hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dengan amanah.
|
|
Contoh:
|
Raja
Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir urus negerinya dengan
sempurna.
|
|
|
|
|
Kasih
Sayang
|
|
|
Persoalan:
|
Persoalan
kasih sayang terhadap ahli
keluarga.
|
|
Nilai:
|
Nilai
kasih sayang.
|
|
Pengajaran:
|
Kita
haruslah memupuk sifat kasih sayang
yang mendalam terhadap ahli keluarga demi melahirkan sebuah keluarga yang
bahagia dan harmoni.
|
|
Contoh:
|
Raja
Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah isterinya
berbadan dua.
|
|
|
|
|
Keadilan
dan Saksama
|
||
Persoalan:
|
Persoalan
keadilan dan saksama dalam
memberikan layanan kepada rakyat.
|
|
Nilai:
|
Nilai
keadilan dan saksama.
|
|
Pengajaran:
|
Sebagai
pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa
membeza-bezakan darjat atau kedudukan seseorang.
|
|
Contoh:
|
Raja
Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada
rakyat termasuklah kepada dagang senteri.
|
|
|
|
|
Bentuk Sajak
|
||
1.
|
Sajak
ini berbentuk tidak bebas atau terikat.
|
|
2.
|
Sajak
ini terdiri daripada lapan rangkap.
|
|
3.
|
Bilangan
barisnya dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.
|
|
4.
|
Jumlah
patah kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara 3 hingga 5 patah kata
sebaris.
|
|
5.
|
Jumlah
suku kata dalam setiap baris juga hampir sama, iaitu antara 9 hingga 13 suku
kata.
|
|
6.
|
Rima
akhir sajak ini tetap iaitu ‘aaaa’.
|
|
|
|
|
Gaya Bahasa
|
||
Repetisi:
|
Beberapa bulan beberapa hari
|
|
Hiperbola:
|
Datanglah
menyambar suaranya bahana.
|
|
Simile:
|
Mendengar
gempar seperti perang.
|
|
|
|
|
Unsur Bunyi
|
||
Asonansi:
|
Iaitu
perulangan vokal ‘u’:
Baginda
duduk bersuka-sukaan.
|
|
Aliterasi:
|
Iaitu
perulangan bunyi konsonan ‘b’:
Beberapa bulan beberapa
hari.
|
Comments
Post a Comment