Kacang Lupakan Kulit
Yusman seorang budak
yang berumur 18 tahun. Dia tinggal di rumah yang usang. Dia belajar dengan
ringan tulang untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) kerana dia ialah anak tunggal ibunya. Ibunya
memberikan sepenuh perhatian terhadap dia demi masa depan yang lebih cerah.
Oleh itu, ibunya bekerja sebagai orang gaji secara sambilan bagaisemut
penghimpun melekut untuk mencari rezeki bagi membantu perbelanjaan keluarga.
Ayah nya sudah lama meninggal dunia sebagai akibat serangan penyakit jantung.
Yusman ialah seorang pelajar yang
bijak. Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dengan keputusan yang
cemerlang dalam STPM. Ibunya bersusah payah membiayai yuran pelajarannya kerana
kos pelajaran semakin tinggi. Selepas belajar selama empat tahun, dia
menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan keputusan yang cemerlang. Dia
berkongsi dengan rakan-rakannya membuka syarikatnya menjadi salah satu buah
syarikat teknologi terkenal dalam negara. Akhirnya, Yusman bergelar usahawan
yang berjaya dalam bidang teknologi.
Setelah berjaya, Yusman berubah
menjadi hidung tinggi dan mata duitan. Dia juga jarang-jarang pulang ke kampung
untuk menziarahi ibunya. Yusman mengabaikan kebajikan ibunya dengan tidak
ememberikan wang saku kepada ibunya. Dia juga tidak membawa ibunya pergi makan
angin. Dia tidak menulis surat untuk ibunya. Dia sudah kaya, tetapi dia tidak
membalas jasa ibunya.
Selepas tiga tahun, ibunya terpaksa
dihantar ke rumah orang tua-tua kerana taida sesiapa pun yang sanggup menjaga
kehidupan seharian ibunya dengan teliti. Yusman langsung tidak menjenguk ibunya
dan tidak ingat ibunya yang kesepian di rumah orang tua-tua.
Selepas srtahun, sebagai akibat
kemelesetan ekonomi, perniagaannya merosot. Akhirnya, dia diisytiharkan muflis.
Syarikat-syarikatnya terpaksa gulung tikar dan dilelong oleh bank. Dia juga
terpaksa membayar hutang ang banyak kepada bank. Bagi membayar hutang yang
banyak, dia lintah darat. Akibatnya, hutangnya semakin meningkatkan, bak kata
pepatah ‘sedikit-sedikit, lama menjadi bukit’.
Kini,barulah Yusman teringat akan
ibunya. Dia cuba mencari ibunya semula tetapi malangnya si ibu telah meninggal
dunia sebulan yang lalu. Yusman berasa sedih tetapi nasi sudah menjadi bubur.
Begitulah cerita anak yang bak ‘kacang lupakan kulit’ yang membawa maksud
seseorang yang mudah melupakan jasa insan yang berbudi kepadanya.
Comments
Post a Comment