Sembang Siber
Pada era
globalisasi ini, teknologi maklumat terutama sosial media sangat penting. Walau
bagaimanapun, penggunaan dan perkembangan siber kini turut memberikan beberapa
kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Penggunaan alat sosial media seperti
Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya sudah menjadi satu perkara yang
biasa di Malaysia dan dunia amnya. Kepentingan alat berkomunikasi dalam
kehidupan manusia sudah tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak pun.
Kita boleh melihat masyarakat menggunakan alat berkomunikasi ini pada setiap
masa dan tempat dengan begitu mudah. Namun, ada keghairahan kita menerima
teknologi ini, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan masyarakat tanpa
disedari. Persoalannya, apakah kesan-kesan negatif sembang siber?
Antara
kesan negatif sembang siber termasuklah pencemaran penggunaan bahasa Melayu
terutamanya dalam kalangan pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana ruangan
sembang siber adalah terhad dan sempit. Mereka ingin menjimatkan ruang dan
masa. Oleh itu, pelajar bersikap negatif dalam ingin cepat melakukan sesuatu
penggunaan ejaan yang tidak menepati ejaan yang tepat atau ejaan dipendekkan.
Bahasa yang digunakan bercampur aduk atau bahasa rojak, tidak menggunakan
Bahasa Melayu standard mengikuti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kesalahan
struktur ayat dan kata sewenang-wenang telah digunakan. Mereka tidak ambil
berat tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam negara kita. Dasar
kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara akan
gagal jika fenomena ini terus dikembangkan. Pendek kata, keindahan dan
ketulenan bahasa Melayu akan terus terpinggir disebabkan amalan sembang siber.
Selain itu, pelajar akan mengabaikan pelajaran mereka. Mereka akan
menggunakan alat komunikasi bersembang sehingga larut malam dan terus ke awal
pagi. Hai ini telah menyebabkan pelajar tidak memberi penuh perhatian pada
pelajaran di kelas. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar juga membazirkan masa
dalam berbual-bual kosong dan berbincang tentang permainan yang terbaharu dalam
pasar. Mereka tidak menganggap masa dan leka bersembang siang malam. Oleh itu,
lebih banyak pelajar tidak menyiapkan tugasan mereka dan tidak mengulang kaji
pelajaran. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat membuat persiapan unutk
peperiksaan. Keputusan mereka akan gagal dicapaikan kerana penggunaan sembang
siber tanpa ada hadnya. Justifikasinya, pengabaian dalam pelajaran kerana
penggunaan sembang siber akan gagal dalam peperiksaan dan akan sesal tentang
perbuatan dahulu.
Seterusnya, remaja yang kurang berfikiran matang senang dipengaruhi oleh
unsur-unsur negatif yang disebarkan dalam laman web internet. Penyebaran
maklumat palsu memalsukan identiti atau fakta sesuatu perkara, dan tidak
memikirkan maruah individu lain. Berita atau maklumat yang diperolehi dari
internet bukan sentiasa adalah benar. Khabar yang tidak berasas dan berbaur
fitnah telah melemparkan tuduhan yang tidak berasas dan keterlaluan kepada
seseorang, menjejaskan imej orang lain. Khabar yang tidak benar juga
mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batas kemanusiaan. Hal ini
menjadikan berlaku keganasan dan rapat umum yang dapat mengancamkan keharmonian
sesebuah negara. Semakin lama seseorang itu melayari atau bersembang semakin
kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya. Tegasnya,
pihak yang berkaitan haruslah mengambil tindakan untuk mengasingkan maklumat
yang dipaparkan.
Kesimpulannya, pengguna laman sembang siber terutama pelajar harus
bertanggungjawab, bijak dan berhemah tinggi dalam tindakan mereka. Semua
maklumat yang nampak haruslah diteliti dan disahkan kesahihannya sebelum
melakukan sebarang tindakan susulan pula. Sembang siber dapat memperoleh
pelbagai kemaslahatannya kepada golongan muda atau pelajar, sebaliknya jika
disalahgunakan, pelbagai impak negatif akan merugikan. Semua pihak haruslah
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan generasi muda dapat
melayari Internet dan aplikasi sembang siber dengan baik. Semua teknologi
mempunyai kebaikan dan keburukannya tetapi manusialah yang menentukannya bak
kata pepatah “tepuk dada tanya selera”.
Comments
Post a Comment