Aktiviti Berbasikal
Pada era globalisasi ini, kesihatan terhadap seseorang adalah sesuatu yang
harus diutamakan dalam mencapai kualiti dari segi kerjaya yang diceburi. Hal
ini dikatakan demikian kerana masyarakat hari ini sibuk dengan kerja atau
pelajaran, dan tidak ada masa menjalankan aktiviti yang bermanfaat seperti
aktiviti berbasikal. Jadi, aktiviti berbasikal bersama ahli keluarga pada
hujung minggu menjadi popular dalam kalangan masyarakat kita. Berbasikal sama
ada di dalam mahupun di luar rumah ialah sesuatu bentuk keseronokan yang boleh
diperoleh dengan mudah. Aktiviti berbasikal amat berkesan dan menjadi satu
latihan yang akan mengurangkan ketegangan fikiran dan boleh dijadikan satu
aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur untuk membentuk kecergasan
fizikal. Persoalannya, sejauh manakah manfaat aktiviti ini untuk kesihatan
terhadap masyarakat?
Riadah
berbasikal semakin menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat ibu kota yang
mementingkan gaya hidup sihat dengan mengisi masa lapang melakukan aktiviti yang
lebih berkualiti. Aktiviti berbasikal dikatakan dapat menguatkan keseluruhan
otot tubuh terutamanya di kaki, betis, paha, bahu, lengan, perut dan pinggul
bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan. Sekumpulan
doktor pakar saraf dari Universiti Gothenburg, Sweeden menyatakan bahawa berbasikal
adalah cara yang paling baik untuk bebas daripada migrain, juga dikenali
sebagai sakit kepala. Aktiviti berbasikal mampu menghilangkan stres dan
membaiki kualiti tidur dan akan menstabilkan denyutan di kepala, lama-kelamaan
pesakit akan sembuh secara semula jadi. ‘Badan cergas, otak cerdas’. Tegasnya,
aktiviti berbasikal haruslah dijalankan sebagai senaman rutin harian.
Selain
itu, aktiviti berbasikal dengan intensiti tinggi dapat membakar lebih banyak
kalori kerana kita harus memindahkan tenaga secara terus-menerus. Sebagai
contoh, jika seorang individu dengan berat 100 kilogram mengayuh basikal untuk
ke tempat kerja setiap hari, dipercayai kalorinya akan terbakar sehingga 1056
dalam tempoh satu jam perjalannya. Oleh itu, hanya dengan berbasikal individu
tersebut telah mampu membakar 5280 kalori pada tubuhnya dalam masa lima hari
bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya dan dapat membakar lemak serta
menguruskan badan dalam masa yang singkat. Semakin berat tubuh anda, semakin berat
juga sendi anda. Aktiviti berbasikal ialah sejenis senaman rendah hentakan,
menjadi pilihan tepat untuk mereka yang baru bersenam kembali. ‘Amalkan Gaya
Hidip Sihat’. Pendek kata, aktiviti berbasikal secara berterusan dapat
mengelakkan masalah tekanan darah tinggi, obesiti, diabetes dan juga
mengurangkan risiko serangan jantung.
Aktiviti
berbasikal terutamanya dijalankan pada hujung minggu boleh dilakukan bersama
pasangan dan anak-anak kerana lebih selamat dan selesa. Aktiviti ini secara
tidak langsung menggalakkan golongan wanita dan anak-anak untuk membabitkan
diri dalam aktiviti berbasikal yang sebelum ini didominasi oleh golongan
lelaki. Oleh sebab itu, aktiviti berbasikal mengeratkan hubungan silaturahim
sesama ahli keluarga. Hubungan antara suami dan isteri kian erat dan pula
membentuk keluarga yang lebih bahagia dan harmoni. Berbasikal juga boleh
mengajak kawan-kawan atau menyertai mana-mana kumpulan basikal agar hubungan
jadi lebih erat bagai isi dengan kuku. Semakin banyak persatuan dan kelab
basikal telah menganjurkan program basikal sebagai platform untuk mengeratkan
hubungan masyarakat sekeliling dan memupuk minat untuk berbasikal kerana dapat
kongsi bersama saat-saat gembira tentang pengalaman berbasikal diri sendiri.
‘Rakyat Sihat, Negara Maju’. Secara ringkasnya, aktiviti berbasikal hendaklah
dijalankan secara berterusan agar masyarakat kota mengamalkan gaya hidup sihat
melalui aktiviti ini yang semakin popular ini.
Tambahan
pula, berbasikal dapat menikmati keindahan alam ini. Aktiviti berbasikal boleh
membawa kita ke satu perjalanan yang jauh. Dalam perjalanan, kita tidak akan
berasa bosan kerana dapat menikmati atau melihat pemandangan yang menarik di
sepanjang perjalanan. Masyarakat dapat menghirup udara yang segar dan dapat
menggembirakan hati seseorang yang cepat jemu dengan satu-satu aktiviti yang
tidak berubah. Berbasikal juga akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus
mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri.
Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki perasaan dan mengawal
keseimbangan hormon individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam
menjalani kehidupan. Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama
jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar
pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekali gus mengusir stres
yang sedang dialami. Dalam masa yang sama turut meningkatkan kepekaan dan daya
konsentrasi individu. Sebagai masyarakat yang memerhatikan kesihatan kita, kita
hendaklah mengelakkan ‘hangat-hangat tahi ayam’ daripada melakukannya. Jelaslah
bahawa aktiviti berbasikal dapat melatih ketabahan seseorang untuk menjalankan
sesuatu tugas.
Sementelahan,
aktiviti berbasikal dapat menambah kenalan baharu tanpa mengira kaum dan usia.
Seiring dengan itu, semangat perpaduan antara masyarakat dapat terjamin.
Aktiviti berbasikal dapat meningkatkan tahap komunikasi dengan semua ahli
berbasikal yang lain. Bak kata orang tua, ‘jauh perjalanan luas pemandangan’.
Komunikasi antara masyarakat dapat memupuk lebih banyak orang melibat dalam
budaya gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti sesebuah kawasan dan
menggalakkan orang ramai untuk bersama-sama menjadikan kawasan kita sebagai
‘Kawasan Rendah Karbon’. Ahli berbasikal dapat berkongsi pengalaman
masing-masing dan mengenal lebih banyak alat-alat berbasikal. ‘Bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat’. Sesungguhnya, aktiviti berbasikal
yang dapat memupuk semangat perpaduan akan menyebabkan sesuatu masyarakat kukuh.
Sebagai
pengakhir bicara, berbasikal ialah satu hobi yang sihat. Aktiviti itu dapat
mengelakkan remaja terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah dan masalah sosial
yang boleh menjejaskan nama baik keluarga dan negara. Masalah sosial seperti
melepak, meragut, bergaduh, ponteng sekolah dan lain-lain dapat dihindari oleh
seseorang. Malah, mungkin suatu hari kita boleh menjadi atlet negara seperti
Mohd. Azizulhasni bin Awang, seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia.
Dia telah mendapat pingat gangsa dalam acara lumba basikal keirin dalam Sukan
Olimpik 2016 Rio de Janeiro dan pingat emas dalam Kejohanan Basikal Dunia.
Realitinya, berbasikal merupakan bentuk senaman yang paling mudah dibuat.
Berbeza daripada renang dan angkat beban, misalnya, yang memerlukan individu
terbabit pergi ke kolam renang atau gimnasium. Oleh itu, semua masyarakat
haruslah menjalankan aktiviti basikal untuk memperoleh tubuh yang sihat.
Comments
Post a Comment