Masuk Telinga Kanan, Keluar Telinga Kiri
Johan ialah seorang budak lelaki yang nakal. Dia berumur lapan tahun dan
belajar di kelas 2 Bestari di Sekolah Kebangsaan Ceria Sungkai. Johan amat
gemar memancing. Dia selalu memancing di tepi sungai di hujung kampung pada
masa lapang. Dia pergi memancing hampir setiap hari. Dia juga lebih gemar
memancing bersendirian di kawasan yang sunyi.
Pada suatu hari, Johan bergegas untuk pergi memancing selepas menyiapkan
kerja sekolahnya. Ibu dia menghalang dia pergi memancing kerana hari sudah
hampir senja dan langit semakin gelap. Sungguhpun ibunya menasihati Johan
tetapi dia tidak mengendahkan nasihat ibunya. Nasihat ibu bagai mencurahkan air
ke daun keladi. Dia seperti bakar tiada hangus bergegas keluar dari rumah lalu
menunggang basikal dengan laju-laju ke sungai.
Langit semakin gelap, tidak banyak ikan yang dapat diperoleh oleh Johan.
Selepas satu jam setengah, mata kailnya tersangkut pada sesuatu objek. Dia
berasa riang hati kerana mata kailnya ditarik oleh sesuatu objek. Objek itu
berat dan dia cuba menarik mata kailnya. Namun begitu, Johan tergelincir di
tanah yang licin dan terjatuh ke dalam sungai. Johan dibawa arus yang derus dan
dia terminum banyak air sungai. Johan bernasib baik kerana dia berpaut pada
sebatang akar pokok di tepi sungai. Dia terselamat.
Johan berhempas pulas naik ke tebing sungai. Baju Johan koyak dan badannya
mengalami kecederaan ringan. Dia tercunggap-cunggap dan penat Johan bergegas
pulang ke rumah dengan berkaki ayam sahaja kerana kasutnya dibawa arus deras
semasa terjatuh ke dalam sungai. Dia bersyukur tidak dihanyutkan arus deras.
Sudah lewat malam. Johan tiba di rumah dengan selamat.
Selepas kejadian itu, Johan tidak pergi memancing lagi. Ibu Johan berasa
gembira melihat perubahan sikapnya. Sudah terhantuk baru tergadah, Johan
meminta maaf daripada ibunya dan berjanji bahawa nasihat ibu tidak akan hanya
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Johan berasa sungguh kesal kerana
tidak mendengar nasihat ibunya selama ini.
Comments
Post a Comment