Impak Negatif Makanan Segera
Makanan segera ialah ungkapan yang merujuk kepada makanan yang dapat disiap
dan dihidangkan dengan pantas. Selain itu, makanan segera berkonsepkan
perkhidmatan penyediaan makanan yang selesa. Mengikut statistik yang terbaru,
McDonalds’ mempunyai restoran sebanyak 260 buah terletak di Malaysia. Bilangan
buah restoran ini akan terus meningkat, hal ini dikatakan kerana kewujudan
rangkaian francais makanan segera di Malaysia ibarat cendawan yang tumbuh
selepas hujan seperti contoh di atas. Makanan segera telah menjadi budaya
pemakanan dan paling disukai oleh golongan muda, kanak-kanak dan pekerja di
negara ini. Persoalannya, apakah faktor-faktor masyarakat gemar makan makanan
segera dan implikasi negatifnya?
Salah satu faktor termasklah restoran makanan segera mempunyai perkhidmatan
yang baik. Pada era globalisasi ini, masyarakat sibuk dengan aktiviti terutama
yang bekerja tidak kira sama ada sudah berumah tangga atau yang belum kerana
masa itu emas. Masyarakat tidak ada masa dan tidak sempat untuk memasak di rumah.
Oleh itu, makanan segera menjadi pilihan utama kerana makanan dihidangkan
dengan cepat selepas membuat pesanan. Selain itu, pesanan juga boleh dibuat
melalui panggilan telefon, atas talian ataupun pandu lalu. Malah makanan juga
boleh dihantar sehingga depan pintu rumah anda, pantas dan mudah. Di samping
itu, premis makanan segera beroperasi 24 jam seperti McDonalds’ dapat
memudahkan masyarakat kerana tidak mengira waktu dan masa, masyarakat dapat
menikmati makanan apabila lapar. Pengguna mudah mengetahui lokasi mana-mana
restoran makanan segera melalui enjin carian atau sistem navigasi global.
Perkhidmatan restoran amat berkualiti kerana kakitangan mereka sentiasa melayan
pelanggan dengan senyuman yang mesra. Manifestasinya, makanan segera menjadi pilihan
utama masyarakat untuk makan di mana-mana tempat atau bila-bila masa.
Seterusnya, makanan segera sentiasa mengutamakan kualiti dan kebersihan
mereka. Restoran makanan segera mementingkan kebersihan, perkhidmatan, dan
keceriaan premis. Mereka juga menjaminkan halal untuk menarik pelanggan lebih
banyak di Malaysia. Suasana restoran yang kondusif merupakan sejuk dan nyaman,
ini melahirkan sesebuah suasana yang ketenangan untuk pelanggan yang datang.
Hal ini dikatakan demikian kerana dapat menghilangkan stres sambil menikmati
hidang yang lazat dan enak. Pelanggan yang datang juga dapat berbual-bual untuk
mempererat silaturahim antara kawan atau rakan sekerja sambim menyelam minum
air. Sesetengah restoran pula menyediakan ruangan khas untuk kanak-kanak bermain,
yang ini kanak-kanak dapat mengenali kawan-kawan kerana mempunyai peluang di
ruang yang diberikan untuk bersosial. Pendek kata, restoran makanan segera
menjadi destinasi pilihan tidak kira peringkat umur kerana sentiasa menjaminkan
kualiti yang baik.
Selain itu, harga makanan dalam restoran makanan segera amat berpatutan.
Kebanyakan restoran makanan segera menawarkan harga yang berpatutan. Menu
makanan hari demi hari makan murah dan ada promosi dari McDonalds’ yakni
McValue Meals. Menu-menu juga berteraskan konsep keluarga atau kanak-kanak
misalnya ‘Happy Meal’. Harganya murah berbanding makanan lain seperti nasi
campur, nasi ayam dan sebagainya. McDonalds’ memperkenalkan set hidangan 1+1
dengan harga yang rendah dengan tambah RM 1.00 pada setiap hidangan. Jadi,
pelanggan mempunyai pelbagai pilihan bertepatan dengan harga. Pelanggan ada
pilihan untuk berjimat cermat. Secara ringkasnya, harga yang berpatutan dan
hidangan set makanan yang menarik menyebabkan masyarakat selalu datang ke
restoran makanan segera.
Manakala, implikasi yang dibawa oleh makanan segera ialah mengagungkan
budaya barat. Kebanyakan restoran menghidangkan resepi makanan yang memaparkan
budaya barat. Hal ini berlaku kerana sesetengah restoran makanan segera berasal
dari negara barat. Tamsilnya, Kentucky Fried Chicken (KFC) serta McDonalds’
berasal dari Amerika Syarikat, dan Pizza Huts dari negara Itali. Keju yang
pelbagai jenis digunakan dan makanan kaya dengan campuran ramuan dari barat
jauh beza dengan budaya tempatan yang unik dan menyelerakan. Masyarakat kini
lupa makanan tradisional masing-masing seperti nasi lemak, tosei, dan kuih-muih
yang lain, makanan ini tidak berselera dan tidak minat terutama generasi muda
dan kanak-kanak. Golongan muda kini berubah gaya hidup dari segi pemakanan dek
perubahan zaman kini yang kian moden. Mereka terpengaruh dalam gaya hidup barat
yang memakan makanan segera sebagai rutin mereka. Sesetengah golongan muda
beranggapan makanan segera menunjukkan status sebagai orang berada dan moden
kerana mereka berpendapat orang yang tidak pernah makan makanan segera
menunjukkan status sebagai orang dianggap ketinggalan miskin kerana tidak
berkemampuan untuk membeli makanan segera. Justifikasinya, faktor yang dibawa
oleh makanan segera benarlah menyebabkan masyarakat muda kini lebih
mengagungkan selera budaya barat.
Tambahan pula, makan makanan segera menyebabkan kita mengambilkan nutrisi
yang tidak seimbang. Makanan segera biasanya digoreng dan mengandungi kolestrol
dan lemak yang tinggi menyebabkan kualiti hidup masyarakat semakin menurun dari
segi tahap kesihatan. Makanan segera juga mengandungi garam, gula, dan bahan
perasa yang tinggi dalam sekurang-kurangnya 200 jenis makanan segera membawa
punca penyakit kritikal. Makanan segera seperti burger mengandungi lemak trans
fats, garam, dan bahan kimia di dalam serbuk perisa, monosodium glutamate yag
tinggi ialah punca menyebabkan obesiti, darah tinggi, masalah jantung, kanser
dan sebagainya. Minuman berkarbonat dihidangkan mengandungi gula yang sangat
tinggi, jika tidak dijaga baik-baik, kesannya akan kencing manis, diperkenalkan
sebagai penyakit diabetes. Di samping itu, banyak makanan menggunakan produk
sejuk beku yang tidak dijamin tahap kesegarannya, dan mengandungi bahan
pengawet yang berbahaya. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, makanan segera
dikategorikan sebagai makanan sampah dan mengancam kesihatan. Menurut Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP), makanan segera ialah sejenis makanan yang tidak
berkhasiat dan mengundang pelbagai penyakit. Sudah terang lagi bersuluh, makan
makanan segera boleh menjadi punca pelbagai penyakit jika kita tidak mengawal
keseimbang makanan kita.
Kesimpulannya, kewujudan makanan segera di Malaysia ada baik dan buruknya.
Kebanyakan restoran makanan segera telah menukar polisi mereka agak lebih
mementingkan kesihatan. Jangan ikut nafsu, kata orang ikut binasa, ikut hati
mati. Pilihan di tangan pembeli. Tepuk dada tanya selera, makanan segera indah
khabar dari lupa.
Comments
Post a Comment