Punca-Punca Menyebabkan Masalah Obesiti dalam Kalangan Remaja
Salam
sejahtera dan salam satu Malaysia diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berusaha Pengetua Sekolah Persendirian Chong Hwa, guru-guru dan para pelajar
yang dikasihi. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada tuan pengerusi kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan taklimat
yang bertajuk “Punca-punca yang menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan
remaja Malaysia”.
Hadirin
yang dimuliakan,
Pada
dewasa ini, kita dapati bahawa kebanyakan golongan muda khususnya golongan
remaja mengalami masalah obesiti. Menurut tahap Indeks Jisim Badan (BMI),
obesiti terjadi apabila BMI 27.4 ke atas. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Kesihatan dan Morbaliti Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, kira-kira 5.6 juta
orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah obesiti. Antara
faktor berlakunya kegemukan dalam kalangan remaja ialah amalan pemakanan yang
tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian atau tidak mengikut piramid
makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja memang gemar makan
makanan yang berkarbohidrat tinggi, lemak yang berlebihan, dan berminyak.
Secara tidak langsung, situasi ini banyak memberikan impak negatif. Kita dapati
masyarakat pasca merdeka menggemar makanan segera dan minuman berkarbonat
seperti sosej, burger, nuget, minuman Pepsi, Coca-cola dan sebagainya. Mereka
kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum air putih. Sebenarnya,
makanan segera mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Minuman bergas juga
mengandungi kandungan gula yang tinggi. Makanan segera yang sedap dan minuman
yang menyegarkan serta nikmat ini memang digemari oleh golongan remaja kini.
Namun, mereka tindak bahawa pengambilan makanan ini secara berlebihan akan
menyebabkan berat badan individu cepat bertambah tanpa disedari. Menurut kajian
pensyaah dari Unit Makanan dan Kesihatan Universiti Malaysia, sebanyak 70
peratus remaja gemar makanan ringan. Sudah terang lagi bersuluh, seseorang
remaja yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat menyebabkan obesiti.
Selain
itu, lingkungan atau persekitaran individu itu sendiri juga merupakan salah
satu punca obesiti dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana
sesetengah ibu bapa menganggap bahawa obesiti bukanlah satu masalah yang besar
kepada anak-anak terutama kepada yang masih kecil. Bagi mereka, kanak-kanak
yang berbadan montel dan berisi telah disukai ramai. Kanak-kanak ini kelihatan
lebih menarik dan comel. Dengan ini, sesiapa yang melihatnya pasti berasa
bangga jika mempunyai bayi atau anak-anak yang masih kecil itu berbadan montel.
Malah, sesetengah ibu bapa atau masyarakat berpendapat obesiti dianggap sebagai
simbol kebahagiaan, keindahan, atau kemakmuran terutama kepada bayi atau anak-anak
yang masih kecil itu. Namun, mereka terlupa bahawa jika kanak-kanak ini
dibiarkan tanpa memberikan perhatian kepada pertambahan berat badannya akan
menyebabkan mereka mengalami obesiti apabila semakin dewasa atau remaja kelak.
Senario ini akan mendatangkan masalah kepada ibu bapa atau remaja sendiri untuk
mengurangkan berat badan kerana sudah terlambat, bak kata peribahasa nasi sudah
menjadi bubur. Menurut kajian yang dijalankan ileh doktor pakar pemakanan dari
Universiti Kebangsaan Malaysia, sebanyak 40 peratus remaja yang menghadapi
obesiti sejak kanak-kanak. Siapakah yang harus dipersalahakan? Tepuk dada
tanyalah selera. Jelaslah bahawa masalah obesiti berlaku kerana lingkungan,
persepsi dan persekitaran individu itu sendiri.
Hadirin
yang dihormati,
Di
samping itu, sikap malas melakukan aktiviti fizikal dalam kalangan remaja. Pada
era globalisasi ini, golongan dewasa dan golongan ibu bapa sering sibuk dalam
pekerjaan dan tekunan untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga
masing-masing. Sudah terang lagi bersuluh, golongan dewasa memang sibuk dalam
pekerjaan mereka setiap hari. Persoalannya, apakan alasan para remaja tidak
mempunyai masa untuk melakukan aktiviti fizikal? Remaja kini bukanlah sibuk
tetapi malas untuk melakukan aktiviti fizikal. Mereka kurang melibatkan diri
dalam aktiviti yang memerlukan pengerakan anggota badan. Hal ini dikatakan
demikian kerana remaja kini taasub dengan kemudahan teknologi seperti telefon
pintar, komputer dan televisyen. Contohnya, terdapat sesetengah remaja tidak
boleh berenggang dengan telefon pintar, mereka telah ketagih dengan penggunaan
telefon bimbit serta sosial media. Golongan remaja juga lebih suka bermain
permainan komputer atau menonton televisyen daripada melakukan aktiviti sukan.
Mereka yang bermain permainan komputer dan menonton televisyen daripada
melakukan aktiviti sukan. Mereka yang bermain permainan komputer dan menonton
televisyen dalam tempoh masa yang panjang hanya akan bergerak mata ataupun jari
mereka. Badan mereka langsung tidak bergerak dan masalah obesiti akan mudah
dihidap oleh mereka. Pendek kata, golongan remaja yang tidak melakukan aktiviti
fizikal atau bersenam mudah untuk menghidap obesiti.
Memang
tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan pembukaan restoran makanan segera juga
telah menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti dalam masyarakat negara
kita, terutamanya golongan remaja. Kini sesetengah ibu bapa terlalu sibuk dalam
pekerjaan dan tidak mempunyai masa untuk memasak bagi keluarga. Oleh itu,
pengenalan makanan segera telah memudahkan golongan tersebut. Alasannya, mereka
tidak perlu bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Mereka
hanya perlu membeli duit dan dengan segeranya, mereka pun dapat menjamu makanan
yang sedap. Perkhidmatan pandu lalu dalam beberapa restoran makanan segera juga
telah menjimatkan masa para pelanggan. Oleh itu, ibu bapa yang sibuk bekerja
sering akan membeli makanan segera dan menghidangkannya sebagai makan malam
kepada ahli keluarganya, termasuklah anak-anak mereka. Makanan segera juga
mengandungi kandungan garam, gula, lemak dan karbohidrat yang tinggi. Semua
kandungan ini merupakan faktor-faktor yang menyebabkan obesiti dalam individu
yang memakannya dengan quantiti yang banyak. Rasa makanan segera yang sedap
juga akan menyebabkan para pengguna ketagih kepada rasanya dan sering akan
menyebabkan pemakanan makanan segera tanpa had, terutamanya kalangan remaja.
Contoh restoran makan segera yang dikenali oleh masyarakat ialah KFC, McDonalds
dan Pizza Hut. Restoran-restoran ini membekalkan pilihan pelbagai varieti
makanan segera yang digemari ramai. Justifikasinya, obesiti berlaku kerana
banyaknya restoran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas
hujan.
Pada
hadirin yang dihormati,
Akhir
sekali, faktor genetik atau keturunan juga akan mempengaruhi rupa bentuk badan
seseorang. Menurut kajian pakar genetik terdapat bahawa sifat dan perwatakan
mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk diturunkan kepada keturunan dari
generasi sebelumnya. Kegemukan juga merupakan salah satu genetik yang akan
diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi yang berikutnya. Misalnya,
menurut statistiks, 40 hingga 50 peratus anak-anak daripada keturunan ibu atau
bapa obesiti berpeluang menjadi gemuk. Samlus juga
berkata bahawa peratusan itu akan meningkat menjadi 70 hingga 80 peratus jika
kedua-duanya mengalami masalah obesiti. Natijahnya, jika keluarga ataupun
keturunan menghidap obesiti, jadi ahli keluarga yang lain mudah mendapat obesiti.
Nampaknya
masa amat mencemburui saya untuk saya meneruskan ucapan ini. Saya terpaksa
menghentikan ucapan ini sampai di sini. Sebelum saya mengundurkan diri, saya
ingin menegaskan di sini bahawa penyakit berbahaya akan ditimbulkan daripada
masalah obesiti. Oleh itu, semua pelajar haruslah mengamalkan gaya hidup sihat
agar tidak menghadapi masalah obesiti. Sesungguhnya, golongan remaja merupakan
pewaris masa depan negara. Negara akan cemerlang dan gemilang jika ditadbir
oleh masyarakat yang cergas memiliki minda yang cerdas, cemerlang, gemilang dan
terbilang dalam menuju Wawasan 2020. Saya ingin mengakhiri ucapan saya ini
dengan serungkap pantun:
Makanan
perlu bernutrisi,
Makanlah
makanan dengan berwaspada.
Elakkanlah
masalah obesiti,
Badan
sihat hidup sejahtera.
Sekian,
terima kasih.
Comments
Post a Comment