Keusahaan Memajukan Industri Kraf Tangan
Industri kraf
tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini
merupakan sesuatu industri yang berpotensi besar untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat terutama masyarakat desa. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang
dapat diambil untuk memajukan industri kraf tangan?
Antara langkah
memajukan industri termasuklah kerajaan dapat menubuhkan lebih banyak pusat
kraf tangan. Selain itu, kerajaan dapat menubuhkan pusat penyelidikan seperti
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dengan membuat kajian tentang
meningkatkan produkviti kraf tangan. Di samping itu, berbilang dari esa,
mengaji dari alif. Kerajaan juga dapat memberi bantuan model dan lumayan yang
baik kepada pengusaha. Misalnya, kerajaan mengurangkan cukai membeli bahan
mentah yang digunakan untuk membuat kraf tangan.
Pada waktu
yang sama, kerajaan dapat mengadakan pameran secara besar atau kempen tentang
kepentingan seni budaya seperti kraf tangan. Hal ini dikatakan demikian kerana
dapat menggalakkan masyarakat lebih berminat dalam kraf tangan, bak kata
peribahasa ‘tak kenal maka tak cinta’. Selain itu, kerajaan harus meningkatkan
kemudahan infrastruktur. Hal ini berpunca daripada menarik pelancongan dengan
kemudahan yang lebih baik.
Tambahan pula,
Kementerian Pelancongan berusaha dalam menganjurkan pesta-pesta untuk menarik
pelancong asing dari luar negara seperti Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, kita
dapat mempromosikan pusat kraf tangan kepada pelancong dalam dan luar negara.
Dengan itu, pelancong yang melawat ke pusat dapat membeli kraf tangan yang unik
sebagai cenderamata secara tidak langsung memajukan industri kraf tangan.
Seterusnya,
media massa berperanan penting untuk menyebarkan maklumat tentang keunikan
hasil kraf tangan, Pihak media massa boleh memaparkan rancangan di televisyen.
Sebagai contoh, rancangan yang menunjukkan penghasilan kraf tangan dan proses
perusahaan. Internet dan radio merupakan medium yang boleh memberi kesan kepada
orang ramai dan mampu mengubah perangai mereka. Pengusaha juga dapat
mengedarkan risalah atau menampalkan poster di mana-mana tempat yang ada orang
ramai.
Sekolah dapat
mengadakan pertandingan membuat kraf tangan demi menggalakkan murid belajar
tentang keunikan kraf tangan dan sejarahnya. Sekolah juga dapat membuat lawatan
ke pusat-pusat kraf tangan. Hal ini murid dapat memahami proses membuat kraf
tangan. Kementerian Pendidikan mewajibkan kraf tangan sebagai kokurikulum.
Ibu bapa berperanan
untuk mengajar anak-anak tentang seni kraf tangan, hal ini sama dengan ‘biar
mati anak, jangan mati adat’. Generasi muda haruslah melentur buluh biarlah
dari rebungnya dengan memperkenalkan kepentingan kraf tangan di negara kita
supaya tidak pupus ditelan oleh arus pemodenan. Fenomena ini dikatakan ‘tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’.
Kesimpulannya,
industri kraf tangan dapat meningkatkan keuntungan negara. Industri kraf tangan
memang meningkatkan taraf hidup masyarakat desa. ‘Kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakah dapat sagunya’, maka kita haruslah berganding bahu untuk
memastikan industri kraf tangan terus hidup subur dalam negara kita. Kesannya
memajukan ekonomi dan mengharumkan nama negara agar dapat ‘duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju yang lain.
Comments
Post a Comment