Hari Ibu
Setiap orang pasti pernah menyambut
sambutan Hari Ibu. Begitulah juga dengan saya. Hari 20 Mei merupakan Hari Ibu.
Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga telah mengadakan majlis sambutan
Hari Ibu. Tujuan kami mengadakan majlis sambutan Hari Ibu tersebut adalah untul
menghargai jasa dan membalas jasa ibu yang telah membesarkan kami.
Pada hari tersebut, saya bangun pada
awal pagi untuk meraikan Hari Ibu bersama keluarga. Saya dan bapa membersihkan
kawasan rumah supaya kelihatan bersih. Selepas itu, kami pergi ke pasar untuk
membeli sayur-sayuran yang segar-bugar. Kemudian, kami juga pergi ke kedai
hadiah untuk membeli hadiah yang bermakna dan unik untuk ibu.
Selepas itu, saya dan kakak saya
menyediakan makanan yang beraroma dan enak di dapur. Contohnya, mi goreng, ayam
goreng, kari ayam, air sirap, juadah dan sebagainya. Kakak menghidangkan segala
makanan yang sedia ada secepat mungkin. Saya dan kakak membalut hadiah dengan
menggunakan riben-riben dan kertas hadiah yang berwarna-warni.
Pada pukul 8 malam, kami sekeluarga
menikmati makanan yang lazat di kediaman rumah. Ibu bapa memuji makanan yang
disediakan oleh saya dan kakak sedap sehingga menjilat jari. Saya telah
menghabiskan hampir keseluruhan makanan yang diletakkan di atas meja. Kami
makan sambil berceloteh kosong.
Selepas makan, kami mengeluarkan
hadiah dan memberi hadiah itu kepada ibu. Ibu berasa terkejut apabila
mengetahui perbuatan kami. Ibu menerima hadiah tersebut dengan perasaan yang
gembira. Walaupun hadiah tersebut tidak begitu mahal, tetapi ini mencukupi
mewakili keikhlasan hati saya terhadap ibu.
Saya berasa amat seronok kerana dapat
menyambut majlis Hari Ibu dengan ibu saya. Saya berjanjj saya akan mendengar
segala nasihat ibu. Saya berharap agar saya akan menuntut ilmu
bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa ibu.
Comments
Post a Comment