Kes Ragut
Kes ragut yang sering
menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat masyarakat kita.
Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam
masyarakat kita dewasa ini. Hal ini mengancam keselamatan individu dan harta
benda yang dimiliki. Kes ragut yang berlaku semakin dan sering terpapar dalam
media massa. Mangsa terutamanya terdiri daripada kaum wanita. Media massa telah
memaparkan pelbagai faktor kejadian kes ragut bersama langkah untuk
menanganinya tetapi junlah kes ragut di negara kita terus meningkat.
Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan jenayah ini menjadi lebih
serius?
Sebenarnya
jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu
sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka.
Masih banyak individi dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak
dalam dompet atau tas tangan mereka, memakai barang kemas yang mudah menarik
perhatian oleh peragut, terutamanya wanita. Begitu juga dengan sikap kita yang
gagal mengambil langkah-langkah keselamatan. Contohnya, semasa kita pulang dari
pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan
orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri
yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan kes ragut semakin menjadi satu
kebiasaan di negara ini pula.
Kejadian
ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami
ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di negara ini yang
terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk
mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk
mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah
jenayah terutama apabila memikirkan makan minum arak isteri pula. Oleh itu, kes
ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih
menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah.
Seterusnya
masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah
pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan
berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan
memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua
kali sebelum bertindak. Pendek kata, kekurangan kamera litar tertutup telah
menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu
malam.
Kemelut
ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan agama terutama terhadap
generasi muda kita. Amalan agama semakin dilupakan jika semakin moden sesebuah
masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri
seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Mereka sudah hilang rasa takut akan
balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana
masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.
Tambahan
pula, ada juga yang sanggup meragut kerana tamah dan ingin hidup mewah dengan
segera. Hal ini berlaku mungkin kerana terpengaruh dengan kemewahan orang lain.
Mereka mampu memiliki apa-apa yang diingini hidup bergaya rezeki melimpah ruah.
Mereka pula malas berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi insan cemerlang
dan berwawasan dalam hidup. Mereka ingin hidup mewah tanpa ada daya inisiatif
untuk memajukan diri. Jadi, mereka mengangap bahawa meragut menjadi satu
pekerjaan yang paling mudah mendapat wang dengan segera tanpa menunggu masa
yang lama. Mereka tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu.
Contohnya, mereka inign memiliki barang-barang yang mahal seperti telefon
bimbit terkini. Ringkasnya, perbuatan meragut semakin meningkat kerana mereka
bersikap tamah dan ingin mendapat sesuatu dalam masa singkat.
Kesimpulannya,
kita haruslah berfikir rasional untuk mengurangkan kes ragut dalam negara ini.
Semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengelap kes
ragut ini agar mewujudkan masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoni.
Comments
Post a Comment