Cara Menulis Rumusan


Kunci Soalan: Buat satu rumusan tentang......
Kunci Soalan
Sinonim
Punca
Sebab/ Faktor/ Potensi
Kesan
Akibat/ Impak/ Natijah/ Implikasi
Langkah
Cara/ Kaedah/ Usaha/ Strategi/ Tindakan/ Cadangan
Kebaikan
Faedah/ Manfaat/ Kelebihan/ Keistimewaan/ Kepentingan
Keburukan
Kelemahan/ Kekurangan
Peranan
Fungsi/ Tanggungjawab/ Tugas
Sumbangan
Jasa/ Bakti
Kekangan
Halangan/ Masalah/ Kesulitan
Ciri-ciri
Kriteria
Fenomena
Situasi/ Gejala

Unsur tambahan belakang pada pendahuluan:
kini, di Malaysia, pada masa ini, di negara kita, (lain-lain berdasarkan perenggan)

Kehendak Soalan
Pengenalan
1 tema petikan, iaitu hanya ada satu unsur
Isi Tersurat 
6 isi berdasarkan fokus soalan utama daripada soalan yang dikemukakan
Isi Tersirat   
2 isi tersirat berdasarkan focus soalan kedua daripada arahan soalan yang dikemukakan
Penutup
2 unsur, iaitu isi cadangan dan kesan cadangan atau harapan berdasarkan isu yang dikemukakan

Strategi
1. Baca soalan dengan teliti
2. Fahami fokus soalan
3. Baca petikan dan tentukan isi tersurat berdasarkan fokus soalan
4. Tentukan isi tersirat berdasarkan kehendak soalan
5. Tentukan tema petikan dalam pendahuluan
6. Tentukan dua aspek penting dalam penutup
7. Bina rumusan dengan empat perenggan:
            (a) pengenalan
            (b) isi tersurat
            (c) isi tersirat
            (d) penutup
8. Kira jumlah perkataan dan tulis jumlahnya pada bahagian akhir rumusan
9. Semak ejaan dan bahasa

Perhatian
1. Fokus soalan bagi isi tersirat rumusan dikemukakan dalam arahan soalan (fokus soalan kedua) dan isi tersirat ini tiada dalam petikan sebaliknya calon perlu berfikir untuk menentukan isi tersirat itu.

2. Elakkan menulis isi tersurat yang mempunyai maksud yang hampir sama kerana maklumat itu berkemungkinan dianggap sebagai isi tersurat yang berulang.

3. Calon perlu menukar kata kunci dengan perkataan yang sinonim.

4. Ayat bagi isi tersurat mestilah lengkap maksudnya, iaitu mempunyai subjek dan predikat. Elakkan menulis ayat tergantung atau frasa.

5. Ayat bagi isi tersurat atau ayat bagi isi tersirat bukanlah ayat berupa cadangan. Oleh itu, calon tidak dibenarkan menulis kata bantu dalam ayat tersebut.
Kata bantu: mesti, hendak, perlu, harus, wajib dan lain-lain

6. Isi tersirat mestilah berdasarkan kehendakan soalan, iaitu fokus soalan kedua yang terdapat dalam arahan soalan.

7. Calon tidak dibenarkan menulis rumusan melebihi 120 patah perkataan.

8. Ayat bagi penutup, iaitu kesimpulan, calon tidak dibenarkan menulis peribahasa dalam ayat tersebut.
Peribahasa: berganding bahu, bagai aur dengan tebing

Cara Menulis Rumusan Lengkap

Petikan membincangkan (fokus soalan utama) (tema soalan) (unsur tambahan).

(Fokus soalan utama) (tema soalan) termasuklah (Subjek+S1). Selain itu, (Subjek+S2). Di samping itu, (Subjek+S3). Seterusnya, (Subjek+S4). Selanjutnya, (Subjek+S5)(Subjek) juga (S6)

(Fokus soalan kedua) (arahan soalan) termasuklan (T1). Selain itu, (T2).

Kesimpulannya, (cadangan) agar/ supaya/ demi/ untuk (kesan cadangan).

Cara Pengiraan Jumlah Perkataan 
 Cara Pengiraan
Contoh
1. Dikira satu perkataan
a. Kata nama khas
b. Alamat pada surat setiap baris
c. Kata ganda
d. Peribahasa / simpulan bahasa
e. Nombor--- 2, 132
f. Nombor yang dieja--- dua puluh lapan
2. Dikira satu ,satu
a. Kata majmuk--- orang gaji , minyak masak
b. Penanda wacana
c. Frasa nama
3. Tidak dikira sebagai perkataan
a. Kata sendi (di , ke)

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan