Pendidikan Moral ~ Bidang Pembelajaran 3: Alam Sekitar


Unit 17
Nilai
Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Definisi
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Contoh Kata Huraian
menyayangi alam sekitar
menjaga kebersihan alam sekitar
membaik pulih alam sekitar

Unit 18
Nilai
Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Definisi
Keadaan saling memerlukan dalam membentuk hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling (alam sekitar) supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

Contoh Kata Huraian
menjaga hubungan baik antara manusia dengan alam sekitar
menjaga kualiti alam sekitar
melakukan kitar semula

Unit 19
Nilai
Kemapanan Alam Sekitar
Definisi
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

Contoh Kata Huraian
mengekalkan keseimbangan alam sekitar
tidak merosakkan alam sekitar

Unit 20
Nilai
Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Definisi
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Contoh Kata Huraian
mengambil berat terhadap masalah alam sekitar
mengambil tindakan mengatasi masalah alam sekitar


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan