Pendidikan Moral ~ Bidang Pembelajaran 6: Demokrasi


Unit 29
Nilai
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Definisi
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

Contoh Kata Huraian
patuh/ akur pada peraturan dan undang-undang
tidak melanggar peraturan dan undang-undang supaya tidak dihukum

Unit 30
Nilai
Kebebasan Bersuara
Definisi
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran mengikut batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

Contoh Kata Huraian
bebas bercakap apa-apa tetapi ada batasan
bebas berucap tetapi tidak menyatakan orang/ menghina orang/ mencemarkan nama orang/ melanggar undang-undang
bebas memberi idea dengan adanya batasan
memastikan isu-isu sensitive seperti isu perkauman/ agama tidak disentuh

Unit 31
Nilai
Kebebasan Beragama
Definisi
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan Persekutuan).

Contoh Kata Huraian
bebas memilih membentuk agama sendiri
bebas mempraktikkan aktiviti agama sendiri
tiada larangan menganuti agama
  
Unit 32
Nilai
Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Definisi
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

Contoh Kata Huraian
bersedia melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat
membangunkan negara
menyertai program/ aktiviti untuk memajukan negara
menyahut program/ dasar kerajaan
menyumbang tenaga, wang dan masa dalam pembangunan negara

Unit 33
Nilai
Sikap Keterbukaan
Definisi
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

Contoh Kata Huraian
sanggup menerima kritikan orang dengan hati yang terbuka
boleh memberi pandangan dan kritikan yang membina
tidak berasa marah apabila dikritik
orang sanggup memperbaiki/ mengakui kesilapan
sanggup mendengar dan menerima pandangan orang

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan