Pendidikan Moral ~ Bidang Pembelajaran 5: Hak Asasi Manusia


Unit 24
Nilai
Melindungi hak kanak-kanak
Definisi
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

Contoh Kata Huraian
menjaga hak dan kepentingan kanak-kanak
memastikan kanak-kanak tidak didera
menyayangi kanak-kanak
melayan kanak-kanak dengan baik

Unit 25
Nilai
Menghormati hak wanita
Definisi
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang dapat memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Contoh Kata Huraian
menjaga hak dan kepentingan wanita
menghargai pengorbanan wanita
tidak membezakan janita
melayan wanita dengan baik

Unit 26
Nilai
Melindungi hak pekerja
Definisi
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Contoh Kata Huraian
menjaga hak dan kepentingan pekerja
memastikan pekerja tidak didiskriminasi/ dieksplotasi
menghargai pengorbanan pekerja
melayan pekerja dengan baik

Unit 27
Nilai
Menghormati hak golongan kurang berupaya
Definisi
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya mereka tidak berasa tersisih serta mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

Contoh Kata Huraian
menjaga hak dan kepentingan golongan kurang berupaya
menghargai pengorbanan golongan kurang berupaya
melayan golongan kurang berupaya dengan baik
tidak menghina golongan kurang berupaya

Unit 28
Nilai
Melindungi hak pengguna
Definisi
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, serta mendapat barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksplotasi.

Contoh Kata Huraian
menjaga hak dan kepentingan pengguna
memastikan pengguna tidak didiskriminasi/ dieksplotasi
memastikan pengguna tidak ditipu oleh penjual

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan