Perkataan Digunakan dalam Menulis Karangan Baik

Penanda Wacana untuk Memulakan Ayat Pendahuluan Karangan
Pada era globalisasi,
Pada zaman pascakemerdekaan ini,
Dalam meniti arus kemodenan ini,
Dewasa ini,
Pada masa ini,
Kini,
Macaparda ini,
Dasawarsa ini,
Sejak sedekad yang lalu,
Kebelakangan ini,
Belakangan ini,
Sejak akhir-akhir ini,
Sudah terang lagi bersuluh,
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini,
Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu......
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah......
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini......

Penanda Wacana untuk Ayat Terakhir Pendahuluan Karangan
Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Sebagai memperkukuhkan lagi pernyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan......
Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

Penanda Wacana untuk Ayat Pertama Setiap Perenggan
Antara......
Salah satu......
Pada hemat saya,
Pada pandangan saya,
Pada pendapat saya,
Pada pemikiran saya,
Pertama,
Primer,
Kita dapat menyaksikan betapa......
Sebagaimana yang kita ketahui......
Lazimnya, dalam keadaan......
Sejak awal lagi,
Sebagaimana yang kita maklumi......
Seperti yang telah dinyatakan,
Sejak kebelakangan ini,
Umum mengetahui bahawa......
Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana......
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa......
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah......
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas......

Penanda Wacana untuk Ayat kedua (Huraian) dan Seterusnya Dalam Karangan
Hal ini dikatakan demikian kerana......
Hal ini berlaku kerana......
Hal ini disebabkan oleh......
Hal ini wujud akibat daripada......
Hal ini berpunca daripada......
Hal ini tercetus apabila......
Begitu juga dengan......
Begitu juga halnya dengan......
Bertitik tolak daripada itu......
Dalam hal ini......
Dalam konteks ini......
Saya berpandangan demikian kerana......
Dengan berbuat demikian......
Dengan adanya......
Disebabkan hal itu......
Dengan perkataan lain......
Hal ini penting dalam......
Disebabkan keistimewaan inilah kita......
Ini menggambarkan bahawa......
Ini membuktikan bahawa......
Keadaan ini tentunya......
Perkara ini secara tidak langsung akan......
Sehubungan dengan itu,
Lantaran itu sehingga kini......
Bagi sesetengah orang......
Dalam zaman yang serba canggih ini......
Hal ini serupa dengan......
Hal yang serupa berlaku apabila......
Perkara ini tentu sekali membuatkan......
Jadi kita perlu......
Jadi kita hendaklah......
Kesemua ini menyumbang kepada......
Kita mengakui hakikat bahawa......
Secara logiknya masa yang......
Kita sering menonton di kaca televisyen......
Memandangkan keadaan yang sedemikian......
Kita sering membaca di dada-dada akhbar.....
Perkara ini semua meninggalkan kesan kerana......
Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita......
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa......

Penanda Wacana untuk Menyatakan Contoh
Misalnya,
Contohnya,
Sebagai contoh,
Tamsilnya,
Sebagaimana yang kita sedia maklum,
Antaranya adalah seperti......
Biar kita lihat......
Biar kita ambil contoh......
Sebagai analoginya,
Umpamanya,
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah......
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah......

Penanda Wacana Ayat Penyimpul
Oleh itu,
Maka,
Oleh hal yang demikian,
Oleh sebab itu,
Jelaslah bahawa,
Tegasnya,
Pendek kata,
Sudah terang lagi bersuluh,
Justifikasinya,
Justeru,
Natijahnya,
Akibatnya,
Dengan itu,
Dengan berbuat demikian,

Penanda Wacana Memulakan Isi Baharu Setiap Perenggan
Selain itu,
Di samping itu,
Bukan itu sahaja,
Sementara itu,
Dalam pada itu,
Pada waktu yang sama,
Seterusnya,
Selanjutnya,
Kedua......
Ketiga......
Keempat......
Kelima......

Penanda Wacana untuk Kesimpulan Karangan
Intihanya,
Kesimpulannya,
Konklusinya,
Secara tuntas,
Walhasilnya,
Dengan ini diharapkan......
Mudah-mudahan perkara ini......
Sebagai penutup wacana......
Sebagai penghias bicara akhir......
Sebelum mengakhiri wacana ini......
Secara keseluruhan,

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas......
Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa......
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan......
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama......

Penanda Wacana untuk Menyatakan Statistik
Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak......
Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan......
Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ... pada tahun ... menunjukkan bahawa sebanyak......

Penanda Wacana untuk Bahasa Indah (Peribahasa/ Kata-kata Hikmah)
Bak kata peribahasa,
Persis kata peribahasa,
Slogan,
Orang tua-tua ada berpesan,
Kata-kata pujangga,
Kata-kata hikmah,


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan