Pendidikan Moral ~ Bidang Pembelajaran 7: Keamanan dan Keharmonian


Unit 34
Nilai
Hidup Bersama secara Aman
Definisi
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Contoh Kata Huraian
hidup dengan aman dan harmoni
mementingkan kesejahteraan dan keamanan
tidak bergaduh/ berperang

Unit 35
Nilai
Saling Membantu dan Bekerjasama
Definisi
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Contoh Kata Huraian
tolong-menolong/ bantu-membantu
bersama-sama melakukan sesuatu demi kepentingan bersama
bergotong-royong
bekerjasama

Unit 36
Nilai
Saling Menghormati antara Negara
Definisi
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

Contoh Kata Huraian
mementingkan hubungan mesra antara negara
hormat pada negara lain
menjalinkan hubungan diplomatik yang baik antara negara
mengekalkan hubungan persahabatan dengan negara lain
tidak mengkritik negara lain



Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan