Kepentingan Aktiviti Rekreasi
Semakin hari kita semakin dibelenggu dengan pelbagai masalah penyakityang
berpunca daripada kurangnya melakukan aktiviti riadah. Pada zaman ini, aktiviti
rekreasi merupakan salah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Hari
ini ramai dalam kalangan masyarakat yang beranggapan bahawa aktiviti rekreasi
hanya membuang masa dan tidak mendatangkan faedah kepada mereka. Oleh itu,
persepsi sebegini seharusnya ditangkis daripada bersarang dalam minda masyarakat
kerana aktiviti rekreasi sebenarnya membawa kepentingan kepada masyarakat.
Salah satu kepentingan aktiviti rekreasi termasuklah mengeratkan hubungan
silaturahim. Perhubungan yang baik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
merupakan tunjang galakan kepada perpaduan negara. Misalnya, ketika menjalankan
aktiviti rekreasi kita dapat berkenalan dengan masyarakat di sekeliling kita
dan daripada situ sebenarnya sudah bermula satu bentuk perhubungan yang
seterusnya membawa kepada perpaduan majmuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Perhubungan yang baik hasil daripada aktiviti rekreasi juga dapat membawa
kepada pembentukan komuniti yang bukan sahaja sihat dari segi kesihatan malah
sihat dari segi perhubungan masyarakat itu sendiri. Jadi aktiviti rekreasi mampu
memupuk semangat yang bersatu padu pada ibarat pepatah Melayu, bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.
Selain itu, kepentingan aktiviti rekreasi adalah melapangkan minda dan
fikiran masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam mengharungi
kesibukan serta tekanan belajar, aktiviti rekreasi seperti berjoging, berenang,
dan bermain bola keranjang dilihat sebagai satu penyelesaian kepada kita untuk
melapangkan minda sebentar dari ruang lingkup kerja. Oleh itu, masyarakat
seharusnya berpegang teguh pada prinsip badan sihat otak cerdas.
Di samping itu, kepentingan rekreasi kepada masyarakat adalah menyihatkan
badan. Kesihatan fizikal dan mental merupakan dua elemen yang berkaitan dalam
menjadikan tubuh bahan kita sihat dan cergas. Sebagai contoh, aktiviti rekreasi
seperti berjoging dan berenang bukan sahaja mampu menyihatkan badan malah dapat
melapangkan fikiran kita. Tegasnya, aktiviti rekreasi merupakan salah satu
aktiviti yang mampu menyegarkan dan menjadikan badan cergas.
Kesimpulannya, aktiviti rekreasi mempunyai banyak kepentingan dan
kelebihannya. Oleh itu, masyarakat seharusnya berusaha untuk melakukan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi ibarat peribahasa hendak seribu daya,
tidak hendak seribu dalih. Semua pihak seharusnya mengembleng tenaga untuk
mengambil modus operandi yang drastik bagi menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan aktiviti rekreasi dalam melahirkan masyarakat yang sihat dari segi
fizikal, mental, rohani dan jasmani.
Comments
K bye
Post a Comment