Faedah Mengamalkan Aktiviti Kitar Semula


Marcapada ini, isu melestarikan alam sekitar hangat diperkatakan melalui corong-corong radio, laman sesawang, surat khabar dan kaca televisyen. Perkara yang berkaitan dengan faedah mengamalkan aktiviti kitar semula telah menjadi buah mulut dan perbincangan setiap lapisan masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh itu, perkara akan dikaji dengan teliti sehingga ke akar umbi.

Salah satu faedah mengamalkan aktiviti kitar semula adalah mengurangkan jumlah sampah yang dibuang di merata-rata tempat. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak sampah yang dibuang di kawasan sekeliling pada setiap hari. Kita boleh mengasingkan sampah seperti kaca, kertas, dan aluminium. Umpamanya, Majlis Bandaraya Johor Bahru melaporkan bahawa masalah sampah di sekitar kawasan Johor Bahru dapat diatasi melalui program kitar semula. Jelaslah, akitiviti kitar semula dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang merata-rata tempat.

Selain itu, faedah mengamalkan aktiviti kitar semula termasuklah dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam hutan. Hal ini dikatakan demikian kerana pokok di belantara Malaysia semakin pupus disebabkan oleh perkembangan industri perabot. Kita dapat mengamalkan aktiviti kitar semula kertas seperti surat khabar dan kotak-kotak terpakai. Misalnya, kita dapat menyelamatkan 17 batang pokok dengan kitar semula yang menghasilkan satu tan kertas. Kesannya, pokok-pokok di hutan dapat diselamatkan dengan mengamalkan amalan kitar semula.

Di samping itu, faedah mengamalkan aktiviti kitar semula adalah dapat merancakkan perkembangan ekonomi negara. Hal ini terjadi kerana kawasan perindustrian kitar semula dapat berkembang bak cendawan tumbah selepas hujan. Dengan ini, produk kitar semula tempatan dapat dieksport ke luar negara dan memberi keuntungan kepada negara. Sebagai contoh, Malaysia menjadi pengeksport utama kertas di Asia Tenggara. Jadi, ekonomi negara dapat berkembang dengan mengamalkan kitar semula.

Kesimpulannya, kemelut yang bersangkut paut dengan isu melestarikan alam sekitar telah dikupas dengan mendalam. Namun, perkara ini tidak akan menemui kejayaan jika tiada sokongan padu daripada pelbagai pihak. Oleh itu, lapisan masyarakat haruslah bekerjasama agar aktiviti kitar semula berjaya direalisasikan demi kemajuan dan keharmonian negara.


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini