Puisi Moden: www.sibermerdeka.com.my

Maksud Sajak
Rangkap 1:
Penyajak telah membuat pelbagai perancangan pada dirinya untuk keluar daripada kesusahan hidup. Dia perlu menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.


Rangkap 2:
Penyajak tidak mahu pemikirannya terkongkong sebaliknya akan memikirkan perihal susah senang bagi mengelakkan dirinya daripada dipermain-mainkan.


Rangkap 3:
Banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh oleh penyajak dalam kehidupan. Kesemuanya untuk menguji keimanannya.


Rangkap 4:
Dalam keadaan berhati-hati, penyajak terpedaya juga oleh tipu muslihat yang begitu licik. Penyajak bernasib baik kerana cepat sedar akan tipu muslihat tersebut.


Rangkap 5:
Penyajak telah mempersiapkan dirinya jika berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia juga perlu berani menghadapi sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi dalam kehidupannya.


Rangkap 6:
Penyajak tidak berasa takut oleh halangan dan rintangan yang memburuk-burukkannya.


Rangkap 7:
Sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul, penyajak akan mengambil pendekatan yang terbaik bagi menanganinya. Penyajak memiliki pendirian tersendiri dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.


Rangkap 8:
Banyak peristiwa pahit manis telah ditempuh oleh penyajak sepanjang kehidupannya. Dalam usia yang sudah meningkat tua, penyajak megingatkan dirinya agar tidak lagi mempersia-siakan kehidupan sebaliknya mengisi masa tersebut untuk menambahkan amal ibadat kepada Tuhan.


Tema
Huraian:
Tema sajak ini ialah ketabahan seorang insan untuk mendepani dugaan hidup. Contohnya, penyajak pernah terpedaya oleh tipu muslihat yang licik tetapi sabar menghadapinya. Selain itu, penyajak juga tabah menghadapi segala dugaan dalam hidup dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya.


Persoalan/ Nilai/ Pengajaran
Rasional

Persoalan:
Persoalan perancangan yang rasional dan persediaan untuk mengharungi cabaran hidup.
Nilai:
Nilai rasional.
Pengajaran:
Kita hendaklah mempunyai perancangan yang rasional dan persediaan untuk mengharungi cabaran hidup.
Contoh:
Penyajak mempunyai perancangan yang rasional agar hidupnya tidak susah lagi.


Kebijaksanaan

Persoalan:
Persoalan kebijaksanaan membuat perbandingan dan penilaian apabila membuat sesuatu keputusan.
Nilai:
Nilai kebijaksanaan.
Pengajaran:
Kita haruslah bijak membuat perbandingan dan penilaian apabila membuat sesuatu keputusan.
Contoh:
Penyajak bijak berhujah dengan dirinya sendiri sebelum membuat sesuatu keputusan.


Keinsafan
Persoalan:
Persoalan keinsafan untuk membaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.
Nilai:
Nilai keinsafan.
Pengajaran:
Kita mestilah insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini.
Contoh:
Penyajak berasa insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.


Bentuk Sajak
1.
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2.
Sajak ini terdiri daripada lapan rangkap.
3.
Bilangan barisnya tidak sama:
Rangkap 1 (4 baris)
Rangkap 2 (4 baris)
Rangkap 3 (3baris)
Rangkap 4 (3 baris)
Rangkap 5 (5 baris)
Rangkap 6 (5 baris)
Rangkap 7 (7 baris)
Rangkap 8 (8 baris)
4.
Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 3 hingga 8 patah kata sebaris.
5.
Jumlah suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 7 hingga 19 suku kata.
6.
Rima akhir sajak ini bebas/ tidak sama:
Rangkap 1: abac
Rangkap 2: abac
Rangkap 3: abb
Rangkap 4: abc
Rangkap 5: abbcd
Rangkap 6: abcbc
Rangkap 7: abcdeae
Rangkap 8: aabcadad


Gaya Bahasa
Anafora:
aku berlatih menangkis angin, aku berlatih memunggah awan.
Sinkope:
Yang tak diduga klimaksnya.
Metafora:
Kebun diriku.
Personifikasi:
Ombak gelora menampar pantai aman.


Unsur Bunyi
Asonansi:
Iaitu perulangan vokal a: aku tanam saujana rancangan.
Aliterasi
Iaitu perulangan bunyi konsonan p: peristiwa datang peristiwa pergi


Nada
Huraian:
Sajak ini bernada melankolik. Contohnya, penyajak berusaha untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup yang akhirnya ingin menghambakan diri kepada Tuhan yang maha esa.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini