Puisi Tradisional: Gurindam 12 Fasal yang ke-3

Maksud Sajak
Rangkap 1:
Apabila seseorang itu berjaya menjaga mata dengan baik, maka tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.


Rangkap 2:
Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik, berita-berita yang tidak baik dapat dihindarinya.


Rangkap 3:
Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak manfaatnya akan diperolehnya.


Rangkap 4:
Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya.


Rangkap 5:
Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, makan banyak perkara yang memudaratkan akan timbul.


Rangkap 6:
Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak mudah luntur.


Rangkap 7:
Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh membawa kepada kerosakan.


Tema
Huraian:
Nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri dan berbudi pekerti mulia. Contohnya, penjagaan anggota diri mampu menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan buruk.


Persoalan/ Nilai/ Pengajaran
Hemah Tinggi

Persoalan:
Persoalan sikap hemah tinggi dalam pergaulan dan tutur kata.
Nilai:
Nilai berhemah tinggi.
Pengajaran:
Kita hendaklah bersikap hemah tinggi dalam pergaulan dan tutur kata agar tidak mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan orang lain.
Contoh:
Gurindam ini menasihati kita agar bersikap hemah tinggi seperti mengawal tutur kata dan berfikir sebelum mengatakan sesuatu perkara.


Rasional

Persoalan:
Persoalan haruslah berfikir secara rasional dan menggunakan pertimbangan akal fikiran.
Nilai:
Nilai rasional.
Pengajaran:
Kita haruslah berfirkir secara rasional dan menggunakan pertimbangan akal fikiran.
Contoh:
Kita dinasihatkan agar berfikir secara rasional dan tidak mudah percaya cerita yang didengar dengna sewenang-wenangnya (mudah).


Kesederhanaan

Persoalan:
Persoalan kesederhanaan dalam kehidupan terutamanya dalam pengambilan makanan.
Nilai:
Nilai kesederhanaan.
Pengajaran:
Kita mestilah bersikap sederhana terutamanya semasa mengambil makanan.
Contoh:
Gurindam ini menasihati kita agar makan secara sederhana kerana makan terlalu kenyang akan mendatangkan banyak keburukan.


Bentuk Sajak
1.
Sajak ini berbentuk tidak bebas atau terikat.
2.
Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.
3.
Bilangan barisnya dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap.
4.
Jumlah patah kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara 2 hingga 7 patah kata sebaris.
5.
Jumlah suku kata dalam setiap baris juga hampir sama, iaitu antara 9 hingga 11 suku kata.
6.
Rima akhir sajak ini tetap iaitu aa.


Gaya Bahasa
Puitis:
Apabila terpelihara mata,sedikitlah cita-cita.
Kiasan:
Apabila perut sudah penuh, keluarlah fiil yang tidak seronoh.
Inversi:
Nescaya dapat daripadanya faedah khabar yang jahat tiadalah damping.


Unsur Bunyi
Asonansi:
Iaitu perulangan vokal a:
Apabila terpelihara mata.
Aliterasi:
Iaitu perulangan bunyi konsonan g:
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini