Kepentingan Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Dalam Kehidupan




Masyarakat kita pada masa ini seolah-olah tidak lagi menpedulikan kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan yang seharusnya ada dalam diri kita masing-masing. Penerapan nilai murni dapat mempengaruhi diri setiap orang itu menjadi seorang yang berbudi bahasa. Persoalannya, apakah kepentingan penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita?

Antara kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan termasuklah mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap rakyat di Malaysia saling menghormati, menyayangi sesama anggota masyarakat dan bertoleransi dalam kehidupan. Kita haruslah menghormati adat, kepercayaan dan pegangan kaum lain tanpa ada buruk sangka. Tamsilnya, setiap masyarakat di Malaysia bebas mengamalkan agama dan anutan masing-masing seperti Islam, Hindu, Buddha dan Kristian tanpa sebarang perselisihan faham. Oleh itu, nilai murni hormat menghormati yang menjadi budaya dan darah daging dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Selain itu, kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah dapat merancakkan perkembangan ekonomi negara. Hal ini terjadi kerana setiap rakyat tekun dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan keluarga dengan mencari rezeki yang mencabar pada masa ini. Seleruh lapisan masyarakat majmuk di Malaysia terlibat dalam pertumbuhan ekonomi negara seperti dalam bidang perindustrian, pentadbiran kerajaan dan perniagaan. Sebagai contoh, ketekunan rakyat Malaysia memberi kesan positif apabila ekonomi Malaysia berkembang dari semasa ke semasa. Tegasnya, nilai ketekunan dalam kalangan masyarakat dapat mengembangkan ekonomi Malaysia.

Selain menrancakkan perkembangan ekonomi negara, nilai murni dalam kehidupan dapat mengekalkan kestabilan politik dalam negara. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap rakyat di Malaysia hormat pada prinsip bermoral dan beretika. Kita perlu berbudi bahasa apabila berbual-bual, saling mengambil berat sesama jiran tetangga, patuh pada undang-undang negara, mentaati dan menghormati ibu bapa. Buktinya, setiap rakyat Malaysia menjalani kehidupan seharian dan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara yang diamalkan sejak bangku sekolah. Oleh itu, nilai-nilai murni yang diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat dapat mengekalkan kestabilan ekonomi dalam negara.

Sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup sejagat. Masyarakat yang cinta akan negara akan menyemai rasa cinta akan negara sekali gus demi keamanan yang dikecapi.

Comments

Unknown said…
Very useful and good,thank you so much🥰

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini