Laporan Pameran Kerjaya Sains dan Sastera

Laporan Pameran Kerjaya Sains dan Sastera
Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur

Pada bulan yang lepas, Perstuan Kerjaya Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur telah mengadakan Pameran Sains dan Sastera sempena Minggu Kerjaya peringkat sekolah di dalam dewan sekolah yang berhawa dingin. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan satu yang baharu menjadi warga sekolah ini. Pameran ini telah berjalan dengan lancar. Pameran ini diadakan selama tiga hari yang bermula dari 4 Mac 2017 hingga 7 Mac 2017 dan disertai oleh 300 orang pelajar. Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian terdiri daripada ahli Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Muzik, Persatuan Seni dan Cipta, dan sebagainya. Pihak penganjur juga mengadakan Pertandingan Gerai Paling Kreatif untuk memilih bahan pameran yang paling inovatif, kreatif, dan berguna kepada manusia. Pertandingan itu dapat mencungkil bakat kreatif pelajar itu dan mendapat sambutan yang hangat di luar dugaan oleh pihak penganjur.

Pameran ini dibahagikan kepada empat kategori, iaitu Sains Tulen, Seni Kraf Tangan, Seni Persembahan, dan Penampilan Kerjaya. Penyataan ini terbuka kepada semua pelajar tanpa mengiru umur dan tingakatan serta mendapat permintaan yang tinggi dari pengunjung sekolah-sekolah berhampiran. Penyertaan kali ini agak terhad kepada persatuan daripada pihak sekolah sahaja, namun pameran itu berjaya membangkitkan minat pelajar-pelajar di sekolah dalam bidang sains dan sastera. Perkembangan ini juga adalah sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan berketerampilan tinggi dalam kedua-dua bidang iaitu bidang sains dan bidang sastera. Pameran ini adalah salah satu usaha pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang berwawasan.

Dalam kategori Sains Tulen, terdapat sebanyak sembilan penyertaan diterima. Bahan merawat kelecuran akibat kebakaran yang dicipta oleh Alvin Wong, pelajar tingkatan empat, menjadi buah mulut pameran ini. Pelajar itu telah menjalankan eksperimen selama enam bulan sebelum menemukan penawar ini. Dia mendapat ilham untuk mencipta ubat ini daripada sejenis tumbuhan iaitu lidah buaya. Ubat penawar kelecuran ini yang berjaya menarik minat para pengunjung dan meraih hadiah pertama dalam kategori ini telah mendapat wang sebanyak RM 300 daripada tajaan sekolah.

Selain itu, dalam kategori Seni Kraf Tangan pula, ciptaan inovatif daripada penyelidik muda dari tingkatan dua berjaya memukau orang ramai. Dia berjaya mencipta ‘Rumah Lampu’ dengan menggunakan tempurung kelapa yang dapat membendung sinar cahaya ultraungu. Seorang wartawan yang membuat liputan berkaitan dengan pameran ini mengajukan beberapa soalan kepada penyelidikan muda itu untuk mencungkil rahsia di sebalik kejayaannya mencipta bahan tersebut. Antara bahan pameran lain termasuklah teknik membuat kertas daripada tisu, memproses abu papan yang dijadikan batang pensel, dan kaedah membuat pemadam dengan menggunakan bahan buangan getah.

Melalui penganjuran pameran seumpama ini, banyak bakat telah dapat diketengahkan. Kegiatan-kegiatan seperti ini adalah petanda baik ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu mencipta dan menyumbang kepada kesejahteraan manusia seluruhnya. Dengan menggunakan ilmu pengetahuan sains dan kreativiti yang dimiliki oleh mereka.

Sementara itu, sudut Seni Muzik juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Persembahan muzik mempesonakan setiap pengunjung. Kumpulan ini bukan sahaja diundang khas untuk menghiburkan pengunjung, tetapi turut diminta menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Tiada sesiapa menyangka bahawa ramai dalam kalangan pelajar yang boleh menyanyi dengan baik meskipun mereka menghadapi masalah pembelajaran.

Bahan pameran lain adalah di bahagian Persatuan Bimbingan dan Kaunseling mempersembah tayangan filem tentang pelbagai pilihan kerjaya seperti tentera, polis, jurutera, arkitek, doktor, usahawan dan sebagainya. Tayangan filem ini menarik minat dan memberikan pengetahuan kepada pelajar-pelajar. Kejayaan penganjuran pameran seperti ini sungguh menakjubkan warga sekolah. Pihak sekolah bercadang untuk mempatenkan semua ciptaan pelajar itu kepada Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi agar mereka mendapat keadilan hak cipta sepenuhnya.

Pameran selama tiga hari ini sebenarnya berjaya membuka minda pelajar dan menyedari tentang betapa besarnya sumbangan bidang sains dan sastera dalam kehidupan manusia. Pameran ini juga berjaya mendorong pelajar untuk membuat pilihan yang lebih tepat berdasarkan minat dan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Akitiviti ini telah dijadikan aktiviti tahunan sekolah bagi merintis lebih banyak ciptaan, penemuan baharu, dan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengetahui perkara yang sedang berlaku di persekitaran pelajar.



Disediakan oleh,                                                                                                                                   27 MAC 2017.
  E D W I N     _
(EDWIN TAN)
Setiausaha,
Pameran Sains dan Sastera,
Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini