Puisi Moden: Sang Gembala Kuda

Maksud Sajak

Rangkap 1:
Sang gembala kuada ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang segera balik ke kandang.


Rangkap 2:
Sementara itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.


Rangkap 3:
Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menetang segala penipuan.


Rangkap 4:
Sang gembala kuda ialah lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu. Sang gembala kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas kasihan.


Tema

Huraian:
Kekuasaan peniaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya. Contohnya, berbekalan kuasa yang dimiliki, dengan angkuh dan berani, peniaga kuda berjaya menakutkan serta mengawal kuda-kudanya kembali ke kandang. Peniaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.


Persoalan/ Nilai/ Pengajaran

Patuh

Persoalan:
Persoalan kepatuhan menurut perintah.
Nilai:
Nilai kepatuhan.
Pengajaran:
Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi.
Contoh:
Sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.


Berani

Persoalan:
Persoalan keberanian menempuh cabaran dan rintangan.
Nilai:
Nilai keberanian.
Pengajaran:
Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa.
Contoh:
Penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.


Bijaksana

Persoalan:
Persoalan kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah.
Nilai:
Nilai kebijaksanaan.
Pengajaran:
Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.
Contoh:
Penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.


Tegas

Persoalan:
Persoalan ketegasan dalam memimpin.
Nilai:
Nilai ketegasan.
Pengajaran:
Kita haruslah bersikap tegas ketika menjalankan tugas.
Contoh:
Gembala kuda mampu mengawal kuda-kuda kerana dia bersikap tegas. Dia menggunakan kuasa yang ada padanya dan sesekali menggunakan suaranya yang kuat untuk menakutkan kuda-kuda itu.


Bentuk Sajak

1.
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2.
Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
3.
Bilangan barisnya tidak sama:
Rangkap 1 (5 baris)
Rangkap 2 (5 baris)
Rangkap 3 (11baris)
Rangkap 4 (8 baris)
4.
Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 3 hingga 6 patah kata sebaris.
5.
Jumlah suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 8 hingga 13 suku kata.
6.
Rima akhir sajak ini bebas/ tidak sama:
Rangkap 1: abcdd
Rangkap 2: abcab
Rangkap 3: aabcccadecc
Rangkap 4: abaabacc


Gaya Bahasa

Metafora:
cemeti durjana.
Personifikasi:
Pacuannya diiring seribu keberanian.
Hiperbola:
dimamahrakus kala lapar.
Sinkope:
tak peduli nasib diri setelah kenyang.
Inversi:
dan kuda-kuda itu ditunggangi.


Unsur Bunyi

Asonansi:
Iaitu perulangan vokal emenentang semua kebobrokan.
Aliterasi:
Iaitu perulangan bunyi konsonan dditunggangi dan ditunggangi!


Nada

Huraian:
Sajakini bernada sinis. Contohnya, sajak Sang Gembala Kuda ini menggambarkan sikap mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hingga menganiayai dan mengabaikan soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan ini.

Comments

Unknown said…
Hi and contact me
azy yahaya said…
Siapakah 'aku' berdasarkan sajak tersebut?

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini