Laporan Program Cintai Alam Sekitar

Laporan Program Cintai Alam Sekitar
Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur

Pada 20 April 2017, Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Cintai Alam Sekitar di Sungai Congkak, Hulu Langat. Program ini disertai oleh 30 orang ahli Kelab Alam Sekitar dan juga tiga orang guru.

Pada era globalisasi ini, alam sekitar kita semakin teruk dijamin dan kelihatan tidak baik. Dengan itu, Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur telah memohon Majlis Bandaraya untuk mengadakan Program Cintai Alam Sekitar ini di Sungai Congkak, Hulu Langat. Progam ini bertujuan untuk belajar menjaga alam sekitar dan habitat di kawasan Sungai Congkak. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelab.

Sebelum matahari terbit, ahli-ahli yang menyertai program ini sudah berkumpul di dewan serbaguna sekolah. Semua ahli dan guru penasihat memakai baju Kelab Alam Sekitar datang ke sekolah. Mereka mengangkat alat-alat yang akan digunakan kepada guru untuk mengira bilangan alat. Alat-alat yang disediakan seperti plastik sampah, cangkul dan sebagainya diangkat ke dalam lori yang kecil. Selepas ahli-ahli diberikan taklimat ringkas, mereka beratur dengan disiplin untuk menaiki bas disediakan yang berhawa dingin lalu bertolak ke destinasi mereka.

Setelah 1 jam 30 minit, mereka tiba di destinasi mereka. Mereka bekerjasama mengangkat barang dan alatan yang akan diguna nanti ke pondok yang berdekatan. Semua ahli berkumpul di pondok itu sambil berbincang dengan suara yang rendah sambil menunggu guru memanggil nama. Selepas itu, ahli-ahli dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menjalankan tugas mereka. Kumpulan pertama bertugas untuk membersihkan lantai dan mengutip sampah dengan menggunakan alat yang sesuai dan plastik sampah. Kumpulan kedua bertugas untuk membersihkan sampah sarap di permukaan Sungai Congkak manakala kumpulan ketiga membantu kumpulan pertama dan kumpulan kedua mengambil alatan yang digunakan dan menyediakan makanan tengah hari.

‘Sedikit-sedikit lama menjadi bukit’, setelah bekerjasama satu jam, kawasan Sungai Congkak kelihtan lebih baik berbanding dengan kelihatan sebelum dibersihkan. Terdapat banyak plastik sampah dikutip dengan daun pokok dan kayu. Permukaan Sungai Congkak menjadi bersih seperti kaca. Cahaya matahari menyebabkan kawasan Sungai Congkak menjadi tempat yang dirasa sebagai syurga. Ahli-ahli kelab melihat keadaan ini, walaupun mereka bertitik peluh dan berasa letih lesu, mereka juga berasa riang hati kerana melihat keputusan yang mereka mencapai.

Pada pukul 12.00 tengah hari, semua ahli yang menyertai program ini berkumpul di pondok. Mereka makan tengah hari yang disediakan oleh kumpulan ketiga sementara mereka sedang membersihkan kawasan Sungai Congkak. Selepas makan, pengerusi Kelab Alam Sekitar dan guru penasihat menyampaikan ucapan ringkas untuk membuat kesimpulan program hari itu. Pengerusi dan guru penasihat juga memberikan sijil penyertaan Program Cintai Alam Sekitar kepada ahli-ahli yang menyertai program ini.

Pada pukul 1.00 petang, ahli-ahli mengemaskan barang, alatan dan sampah yang dikutip ke atas lori. Sampah dikutip akan dihantar kepada majlis bandaraya. Mereka bertolak balik ke sekolah dan tiba di sekolah pada pukul 2.30 petang. Sebagai kesimpulan, program ini dapat belajar cara menjaga alam sekitar. Program ini juga mengeratkan hubungan antara ahli-ahli kelab. Alam sekitar berhubung dengan manusia dengan erat. Oleh itu, kita haruslah menilai kepercayaan kepada Tuhan dengan mengingatkan ajaran Tuhan menjaga keunikan alam sekitar. Ahli-ahli berharap Kelab Alam Sekitar dapat mengadakan lebih banyak aktiviti bermoral dan berhubung dengan alam sekitar pada masa yang akan datang untuk menjaga keunikan, keharmonian dan keamanan alam sekitar.



Laporan disediakan oleh,                                                                                                                27 APRIL 2017.
  E D W I N   _
(EDWIN TAN)
Setiausaha,
Kelab Alam Sekitar,
Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini