Puisi Moden: Gelanggang

Maksud Sajak
Rangkap 1:
Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang lampau, negara ini telah berjaya dimerdekakan. Hal ini disebabkan adanya persepakatan antara kaum di negara ini.


Rangkap 2:
Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang besar. Hal inilah yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini. Generasi kini perlulah bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara daripada ancaman luar yang ingin menggugat kestabilan negara. Kedaulatan negara akan dapat dikekalkan seandainya setiap kaum mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi.


Rangkap 3:
Demi negara tercinta, rakyat hendaklah berani berjuang mempertahankan maruah negara. Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara. Sekiranya ada pihak yang cuba mengucar-ngacirkan negara, mereka perlu ditentang habis-habisan.


Rangkap 4:
Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.


Rangkap 5:
Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan negara kita menjadi aman dan seterusnya dihormati oleh negara lain. Sewajarnya, kita mencurahkan sepenuh ketaatan kepada negara tercinta ini sampai bila-bila.


Tema
Huraian:
Pentingnya mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang tercinta. Contohnya, usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah wajar dikenang.


Persoalan/ Nilai/ Pengajaran
Perpaduan

Persoalan:
Persoalan perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting demi mewujudkan negara yang berdaulat.
Nilai:
Nilai perpaduan.
Pengajaran:
Kita haruslah mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat agar kedaulatan negara dapat dikekalkan.
Contoh:
Penyajak menyatakan bahawa kemerdekaan yang dinikmati kini adalah hasil perpaduan antara kaum di negara ini.


Ketaatan

Persoalan:
Persoalan ketaatan kepada negara yang wujud dalam diri setiap rakyat.
Nilai:
Nilai ketaatan.
Pengajaran:
Kita mestilah taat dan setia kepada negara sebagai tanda kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
Contoh:
Penyajak berpendapat bahawa taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bagi merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan kepada tanah air kita.


Tanggungjawab

Persoalan:
Persoalan tanggungjawab semua rakyat menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.
Nilai:
Nilai bertanggungjawab.
Pengajaran:
Kita haruslah bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.
Contoh:
Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.


Cinta akan negara
Persoalan:
Persoalan perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.
Nilai:
Nilai  cinta akan negara.
Pengajaran:
Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.
Contoh:
Perasaan cinta akan negara perlulah dipupuk dalam diri setiap individu.


Bentuk Sajak
1.
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2.
Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
3.
Bilangan barisnya tidak sama:
Rangkap 1 (5 baris)
Rangkap 2 (8 baris)
Rangkap 3 (7baris)
Rangkap 4 (2 baris)
Rangkap 5 (5 baris)
4.
Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 1 hingga 9 patah kata sebaris.
5.
Jumlah suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 3 hingga 21 suku kata.
6.
Rima akhir sajak ini bebas/ tidak sama:
Rangkap 1: abccd
Rangkap 2: abacdade
Rangkap 3: abcbcdb
Rangkap 4: abaac


Gaya Bahasa
Metafora:
gelanggang keramat.
Anafora:
kita pelihara, kita mempertahankan.
Hiperbola:
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata.
Perlambangan atau imejan:
pewaris gelanggang bermaksud rakyat di negara ini.


Unsur Bunyi
Asonansi:
Iaitu perulangan vokal i:
sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Aliterasi:
Iaitu perulangan bunyi konsonan n:
elakkan pertenglingkahan sesama sendiri.


Nada
Huraian:
Sajak ini bernada patriotisme. Contohnya, sajak ini menggambarkan persaan cinta akan negara yang mendalam dalam diri penyajak apabila penyajak menyeru masyarakat kini mengukuhkan perpaduan sesama sendiri demi mempertahankan kedaulatan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini