Puisi Tradisional: Syair Bidasari

Maksud Sajak
Rangkap 1:
Penyair mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat. Kisah itu ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan dibuat perbandingan.


Rangkap 2:
Di Negeri Kembayat terdapat seorang raja yang masyur dan bijaksana. Baginda juga merupakan seorang raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang datang mendalami pengajian dalam bidang agama Islam di negerinya itu dengan adil.


Rangkap 3:
Diceritakan juga bahawa raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam suasana aman tanpa sedikit pun menghadapi kesusahan. Namun, mereka tidak dapat menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa yang mendatang.


Rangkap 4:
Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri baginda telah hamil.


Rangkap 5:
Sepanjang raja memerintah Negeri Kembayat dengan suasana yang aman damai dan gembira, akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayat dikejutkan dengan berita sedih apabila baginda raja telah mangkat.


Rangkap 6:
Dikisahkan pada suatu hari yang lain, Negeri Kembayat telah diserang oleh burung garuda yang ganas dan kuat yang terbang dari angkasa. Serangan ini telah banyak mendatang kemusnahan di Negeri Kembayat.


Rangkap 7:
Digambarkan kisah burung garuda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat bergema hingga menggemoarkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi huru-hara. Rakyat jelata lintang-pukang menyelamatkan diri masing-masing.


Rangkap 8:
Di istana, rakyat jelata datang menghadap raja. Apabila mendengarkan keadaan di luar istana sangat bising dan gegak-gempita, baginda yang garang dan tidak prihatin berasa hairan melihat situasi itu dan menanyakan rakyatnya sebab keadaan itu berlaku.


Tema
Huraian:
Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbiran negara. Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urus negara. Manakala, Raja kedua yang mengambil alih kuasa pemerintahan Negeri Kembayat bersikap garang dan tidak prihatin terhadap masalah rakyat yang berhadapan dengan dengan serangan burung garuda.


Persoalan/ Nilai/ Pengajaran
Kebijaksanaan

Persoalan:
Persoalan kebijaksanaan memimpin sebuah kerajaan.
Nilai:
Nilai kebijaksanaan.
Pengajaran:
Kita perlulah bijaksana dalam merangka, menyusun, dan membuat segala perancangan tugas supaya tugasan itu berhasil dengan baik dan sempurna.
Contoh:
Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat.


Tanggungjawab

Persoalan:
Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin.
Nilai:
Nilai bertanggungjawab.
Pengajaran:
Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dengan amanah.
Contoh:
Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir urus negerinya dengan sempurna.


Kasih Sayang

Persoalan:
Persoalan kasih sayang terhadap ahli keluarga.
Nilai:
Nilai kasih sayang.
Pengajaran:
Kita haruslah memupuk sifat kasih sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga demi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.
Contoh:
Raja Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah isterinya berbadan dua.


Keadilan dan Saksama
Persoalan:
Persoalan keadilan dan saksama dalam memberikan layanan kepada rakyat.
Nilai:
Nilai keadilan dan saksama.
Pengajaran:
Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa membeza-bezakan darjat atau kedudukan seseorang.
Contoh:
Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah kepada dagang senteri.


Bentuk Sajak
1.
Sajak ini berbentuk tidak bebas atau terikat.
2.
Sajak ini terdiri daripada lapan rangkap.
3.
Bilangan barisnya dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.
4.
Jumlah patah kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara 3 hingga 5 patah kata sebaris.
5.
Jumlah suku kata dalam setiap baris juga hampir sama, iaitu antara 9 hingga 13 suku kata.
6.
Rima akhir sajak ini tetap iaitu aaaa.


Gaya Bahasa
Repetisi:
Beberapa bulan beberapa hari
Hiperbola:
Datanglah menyambar suaranya bahana.
Simile:
Mendengar gempar seperti perang.


Unsur Bunyi
Asonansi:
Iaitu perulangan vokal u:
Baginda duduk bersuka-sukaan.
Aliterasi:
Iaitu perulangan bunyi konsonan b:
Beberapa bulan beberapa hari.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini