Gotong Royong


          Pada hari 20 Julai 2012 yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua, Klang telah menganjurkan aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini telah disertai oleh semua murid dan guru yang diketuai oleh Guru Besar. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah unutk mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid dan guru-guru. Aktiviti ini juga membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah supaya kelihatan bersih dan cantik.

          Sejak awal-awal pagi, semua murid telah berkumpul di dewan sekolah yang berhawa dingin. Murid-murid telah menyediakan serba aneka peralatan untuk menjalankan kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah. Umpamanya, cangkul, parang, sabit, kain buruk, dan sebagainya. Murid-murid berceloteh sambil mununggu taklimat guru.

          Sebelum gotong-royong dimulakan, guru besar memberi ucapan ringkas kepada murid-murid dan guru-guru agar menjaga kebersihan kawasan sekolah. Selepas ucapan, guru disiplin, iaitu Cikgu Chong menerangkan taklimat kepada murid-murid dan guru-guru. Murid-murid telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Setelah penerangan, aktiviti gotong-royong pun mula.

          Murid-murid kumpulan A bertugas untuk membersihkan tandas sekolah manakala murid-murid kumpulan B dan kumpulan C bertugas untuk mengelap cermin tingkap sekolah. Murid-murid kumpulan D dan kumpulan E bertugas untuk menyapu sampah sarap. Selain itu, kumpulan guru bertugas untuk memotong pokok bunga yang layu. Di samping itu, murid-murid yang pandai melukis bertugas untuk melukis mural. Dengan itu, mereka berkerjasama bagai aur dengan tebing supaya kerja-kerja yang diagihkan dapat disediakan dengan secepat mungkin.

          Selepas lima jam, murid-murid telah menyiapkan kerja masing-masing. Murid-murid menjamu selera sejian yang disediakan oleh pihak sekolah. Sajian tersebut sedap sehingga menjilat jari. Murid-murid menghabiskan semua sajian dalam lima minit.

          Pada pukul satu petang, murid-murid pun pulang ke rumah. Aktiviti ini benar mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid dan guru-guru. Walaupun kepenatan dan keletihan, namun mereka tetap berasa amat gilang kerana kawasan sekolah kini telah berubah wajah. Saya berharap agar aktiviti ini dapat diadakan setiap tahun pada masa yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan