Hari Ibu


          Setiap orang pasti pernah menyambut sambutan Hari Ibu. Begitulah juga dengan saya. Hari 20 Mei merupakan Hari Ibu. Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga telah mengadakan majlis sambutan Hari Ibu. Tujuan kami mengadakan majlis sambutan Hari Ibu tersebut adalah untul menghargai jasa dan membalas jasa ibu yang telah membesarkan kami.

          Pada hari tersebut, saya bangun pada awal pagi untuk meraikan Hari Ibu bersama keluarga. Saya dan bapa membersihkan kawasan rumah supaya kelihatan bersih. Selepas itu, kami pergi ke pasar untuk membeli sayur-sayuran yang segar-bugar. Kemudian, kami juga pergi ke kedai hadiah untuk membeli hadiah yang bermakna dan unik untuk ibu.

          Selepas itu, saya dan kakak saya menyediakan makanan yang beraroma dan enak di dapur. Contohnya, mi goreng, ayam goreng, kari ayam, air sirap, juadah dan sebagainya. Kakak menghidangkan segala makanan yang sedia ada secepat mungkin. Saya dan kakak membalut hadiah dengan menggunakan riben-riben dan kertas hadiah yang berwarna-warni.

          Pada pukul 8 malam, kami sekeluarga menikmati makanan yang lazat di kediaman rumah. Ibu bapa memuji makanan yang disediakan oleh saya dan kakak sedap sehingga menjilat jari. Saya telah menghabiskan hampir keseluruhan makanan yang diletakkan di atas meja. Kami makan sambil berceloteh kosong.

          Selepas makan, kami mengeluarkan hadiah dan memberi hadiah itu kepada ibu. Ibu berasa terkejut apabila mengetahui perbuatan kami. Ibu menerima hadiah tersebut dengan perasaan yang gembira. Walaupun hadiah tersebut tidak begitu mahal, tetapi ini mencukupi mewakili keikhlasan hati saya terhadap ibu.

          Saya berasa amat seronok kerana dapat menyambut majlis Hari Ibu dengan ibu saya. Saya berjanjj saya akan mendengar segala nasihat ibu. Saya berharap agar saya akan menuntut ilmu bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa ibu.




Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan